Skip to main content.

Archives

This is the archive for April 2008

PELAN JUTAWAN INTERNET Part.1

Ini adalah draf kertas kerja aku untuk menerbitkan e-book khas untuk memberi panduan kepada pengguna internet untuk menjadi kaya. Benda ini bukan rahsia dan benda ini jugak bukan asing lagi. Dengan cara ini, semua orang boleh kaya,semua orang sama-sama kaya dan hanya seorang yang paling kaya tak pun senang kaya. Aku bukan budak bisnes. Aku pun tak ingat sangat asas bisnes yang aku belajar dulu. So aku pun just buat je aku punya step2 mudah untuk kaya.

Pertama, nama websites atau branding yang akan digunakan. Macam sekarang siap ada nama Islam lagi. e-Jariah. Erm, mari kita beramal jariah. Maka mudah la orang masuk perangkap. Opss, jadi ahli. Untuk projek aku ni, aku namakan e-amal. Setakat aku semak kat whois e-amal.biz takdak. Macam bisneskan. Menarik tertarik debom ni. So, mari kita ber-amal dan meramal keuntungan.

Dafi - Bila terasa rindu

Gila atau bangang? Ohh mungkin bodoh

Sejak aku bekerja dengan kompeni terbesar dan paling berstruktur. Aku dah semakin ikut rentak macam kompeni aku jugak. Segala peruntukkan duit dari kutipan orang ramai, aku bazirkan untuk sesuatu yang tak ada pulangan. Adakah aku membazir seperti mana bos-bos aku membazirkan berjuta-juta ringgit? Mungkin duit bukan milik aku. Aku takut jugak kang duit ini tak selayaknya bersama aku. Aku dah bazirkan duit aku untuk sesuatu yang aku sendiri tak pasti tindakkan aku betul atau tak. Tak ada tender atau sebutharga, aku just beli. Aku sekarang ada webspace 30+2gig dan 2 domain. Bodohkah aku beli benda banyak ni? Hentahlah. Aku akan uji kebodohan aku dengan cuba fahami nucleuscms yang bodoh ni.