Skip to main content.

Archives

This is the archive for May 2008

Imam kerugian ditipu lelaki

KANGAR 22 Mei - Imam Masjid Negeri Arau dekat sini, Muridi Mohammad mendakwa ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil sebuah stesen televisyen berbayar menyebabkannya kerugian wang tunai, Selasa lalu.
Muridi, 42, mendakwa beliau menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 1.15 petang 20 Mei lalu yang menyatakan kad SIMnya telah memenangi wang tunai berjumlah RM14,000.
Menurutnya, akibat teruja dengan kemenangan itu, dia telah menghubungi stesen televisyen berkenaan menerusi nombor telefon daripada SMS berkenaan.
"Seorang lelaki menjawab panggilan saya dan dia memperkenalkan diri sebagai wakil stesen televisyen itu.
"Lelaki itu menyatakan bahawa saya telah memenangi wang tunai sebanyak RM14,000 dan meminta nombor akaun bank simpanan saya untuk memasukkan wang yang dimenangi itu," katanya.
Muridi berkata, beliau telah memberikan nombor akaunnya kepada lelaki berkenaan dan kemudian lelaki itu menyuruhnya memeriksa akaunnya kerana wang yang dimenanginya itu telah dimasukkan ke akaunnya.
"Sejam kemudian, saya memeriksa akaun saya di mesin ATM dan mendapati tiada wang sejumlah itu dimasukkan sebaliknya duit simpanan saya dalam akaun sebanyak RM240 telah lesap.
"Sehubungan itu saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kerana berasa telah ditipu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muridi juga kesal dengan bank tempatan berkenaan yang tidak menyediakan sistem keselamatan yang baik terhadap akaun pelanggan sehingga boleh diceroboh masuk dengan mudah oleh pihak-pihak tertentu.
Sehubungan itu, Muridi berharap pihak berkenaan bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu termasuk mengembalikan wang simpanannya di bank berkenaan.


**Ghairah kerana wang. Ini adalah salah satu indon menipu ni.Tak pun Malaysia sendiri ni.Aku tak rasa salah pihak bank yang mempunyai keselamatan yang ketat. Padahal salah sendiri. Sebab, banyak kes macam ni. Dengan tak tahu menahu nye, penyangak ni akan suruh diorang activate diorang punya bank online. Dengan tak tahu ape satu ni, akan ikut arahan melalui telefon, untuk activate kan di ATM mesin. Pendidikan la yang penting dalam hal ini. Buat iklan kat tv pasal internet online.Macam mana nak buat. Macam mana nak tahu penipuan. Sistem bank tak dapat diceroboh dengan mudah. Just like phishing. Terang2 web tu tulis theinternetonline.com/maybank bukan nye maybank2u.com.my so kenapa pergi percaya? Clone sites memang senang. Jadi, kena bijak la sikit. Dan pada yang rasa diri dah cukup bijak tu, tolong2 la bantu mereka yang tak berapa tahu ini untuk tahu. Jangan la buat iklan macam semua orang Malaysia ni tahu. Main peranan sikit. Kes penipuan ini bukan terpencil. Macam kes bangangnye bagi maklumat kad kredit then terus kena tipu. Hak kita bersama untuk mengelakkan benda ini berulang. Zass..

Kongsi pekerja Myanmar dibakar

SUNGAI PETANI - Geram dengan tindakan sekumpulan pekerja Myanmar yang cuba menyerang enam remaja termasuk seorang pengawal keselamatan, sekumpulan 50 penduduk Bandar Puteri Jaya dan Seri Astana di sini bertindak membakar 30 buah rumah kongsi di pinggir hutan Kampung Serokam semalam.
Sebuah kedai runcit yang terletak berdekatan rumah kongsi itu turut musnah dalam kejadian pukul 1.10 pagi.

Sebelum insiden tersebut, sekumpulan lebih 10 pekerja asing itu yang dipercayai mabuk cuba menyerang kumpulan remaja dan pengawal keselamatan yang sedang berbual di sebuah pondok pengawal keselamatan di kawasan pembinaan perumahan Seri Astana.
Nasib baik kesemua remaja dan pengawal keselamatan itu sempat melarikan diri, bagaimanapun sebuah motosikal milik salah seorang remaja tersebut yang ditinggalkan di situ kerana melarikan diri telah dibakar oleh pekerja Myanmar itu.
Pengawal keselamatan itu, Roslan Ahmad (gambar kecil), 22, berkata, "selepas gagal menyerang kami, kumpulan pekerja asing itu bertindak memecahkan cermin tingkap pondok pengawal."
Menurutnya, dia mendapati sekumpulan pekerja asing yang menyerangnya pada ketika itu seperti dalam keadaan mabuk dan mereka membawa kayu, botol dan batu.
Katanya, dia dan rakan-rakannya yang lain mungkin mati sekiranya tidak sempat menyelamatkan diri.

**Buat lagi best tempat orang.Sekarang dengan kawan-kawan dia padan muka. Ini baru sikit ni. Tapi kalau aku la, aku amik tv diorang. hehe.. Takdak la, jangan la marah sampai jadi hilang akal. Ada yang memang niat suci dia nak kerja dan kawan-kawan yang buat taik. Dia pun jadi mangsa. Aku kenal gak budak asing ni, menang baik sungguh. Sebab niat dia nak kerja. Skema tol.

Manchester United wins European Champions League final


The Champions League, Europe's most coveted trophy, is back in the hands of Manchester United. It was won at 1.34 a.m. in Moscow in the cruellest way a sporting contest can end -- on the penalty shoot out that many of us have compared to Russian Roulette.
At 90 minutes, the final against Chelsea stood all square, one goal apiece and nothing to decree that one side or the other deserved defeat. After 30 minutes overtime, and a total of almost 10 minutes more for various injuries and stoppages, the two teams were like exhausted prize fighters.
They were still on their feet, those that hadn't fallen with cramp. They were pawing instinctively at one another in torrential rain, neither having the energy to land a knock out blow. So to penalties, to the lottery that tests the nerve of men paid millions to be soccer players not men praying for a lucky break in a sequence of kicks on goal.
The shootout was like the game itself, the teams were inseparable over the first 10 penalty kicks. Of all people, the first man whose nerve failed was Cristiano Ronaldo, arguably the finest player in the world at the moment.
He had already scored a proper goal, rising in the area after 26 minutes, escaping his marker Michael Essien and, tall man that Ronaldo is, guiding the cross from Wes Brown with consummate power and precision into the top of the net.
Today in Sports
Manchester United wins European Champions League final
IHT Global Sports Forum With Christopher Clarey: French Open 2008; Part Two - The Women's Tournament
Testing return for umpire who infuriated Pakistan
United should then have consolidated because its game flowed with movement and passing that Chelsea could not compete with. Michael Carrick and Paul Scholes were the pass-masters, and twice Carlos Tevez, his aim not a match for his energy, failed to capitalise on chances.
The one quality keeping Chelsea in the final at this stage was heart. Their spirit is stubborn, their will sometimes appear insuperable, and on the stroke of half time they levelled the score. It was a fortuitous goal, the first hint this night in the Luzhniki Stadium that there was indeed a lottery rolling.
What Essien lacks as a full back, especially when the shadow he is chasing is Ronaldo, he makes up for in his hunger to power forwards. He got lucky because his shot from outside the area was not worth a goal, but by the time it had ricocheted off not one but two men in red -- Nemanja Vidic and Rio Ferdinand -- it fell sweetly into the path of Frank Lampard. Even then, there was a capricious twist of fate, a slip by the foot of goalkeeper Edwin van der Sar as he came forward to meet the danger.
Lampard mercilessly punished the slip by placing the ball beyond the keeper.
After that, at times fiesty but refereed with prompt authority by the Slovak Lubos Michel, the momentum passed from United to Chelsea. The finesse of Manchester was eclipsed by the power, and hunger, of the team in blue.
Had the luck reflected Chelsea's effort, it would then have taken the title. But first Didier Drogba, able to conjure sudden and violent power with a shot out of nothing, struck the post. Then, well past the midnight hour and indeed into the first period of extra time, Lampard repeated the trick -- with the same fate, the ball bouncing away off van der Sar's post.
Men were now falling with cramp on that dreadful pitch, laid less than two weeks ago and made to look green but draining the juice from players' limbs. Minds were fraying too, and after Tevez and Terry had become embroiled in a tetchy argument, Drogba foolishly, petulantly slapped the face of Vidic.
It was a tap, not at all a heavyweight's punch. But Michel refereed it by the book, and sent off the big Ivorian Drogba who has been suggesting all season long that he will quit Chelsea this summer. If so, his last act in the shirt was to walk in disgrace.
Rules are rules -- and the rule of soccer is that if players can't decide on the field which team is the better, then those darned penalties will do it for them. The first four kicks went in with metronomic precision, the fifth was to be taken by Ronaldo.
He is United's penalty taker. He has scored 42 times in a year, an amazing count for a winger, and he is both the English Premier league top scorer, and Europe's this season. Yet he stopped on his run up to the ball, betrayed by hesitation; and Petr Cech dived to save his weak shot.
The penalties rattled in until, at 4-4, John terry, Chelsea's redoubtable captain, walked up to take what would have been the decisive kick.

Tanda-tanda di tandas..

Tanda tandas. Anda perlu tahu agar anda tidak kandas. Ini antaranye.



Shafie: Tidak wajar anggap Dr. M ‘duri dalam daging’ [Utusan]

KUALA LUMPUR 20 Mei – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam tidak sewajarnya menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana sumbangan bekas Presiden UMNO itu kepada parti sungguh besar dan beliau juga banyak berjasa kepada pembangunan negara.
Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan kerana Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Perkara ini memang tidak boleh kita nafikan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan Dr. Mahathir meninggalkan parti bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.
Walapun mengakui sedih dengan tindakan beliau (Tun) itu, Musa melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti.
Dalam pada itu, Mohd. Shafie (BN-Semporna) turut menegaskan, ahli-ahli Parlimen Sabah tidak akan mengikut jejak langkah Dr. Mahathir sebaliknya terus setia bersama UMNO.
‘‘Wakil rakyat dari Sabah cuma menyatakan rasa tidak puas hati mereka mngenai pembangunan di negeri berkenaan yang agak ketinggalan dan bukannya berniat untuk melompat parti,” katanya.

**Musa Hitam dulu TPM bawah Dr.M? Jadi wajarkah Musa Hitam buat statement macam tu? Memang Dr.M agak sinis mengkritik Pak Lah. Dalam blog chedet pun lebih ke arah sebuat kerajaan Abdullah. Bukannye kerajaan BN yang beliau teraju sejak dulu lagi. Apa yang bagi aku menarik tentang keratan akhbar ni adalah. Politik ini bagaikan suatu perkara yang bila kita buat baik, kita akan dipuji untuk suatu tempoh saje. Bila kita di atas, kita diampu sampaikan melayang2 badan ni. Tapi, bila kita tiada ape2. Bila kita sudah tiada sengat. Jangankan tegur, cuit bahu sikit pun dah dianggap derhaka.Dan sekarang ni, apa yang selalu diperkatakan oleh Tun Dr.M adalah betul. Melayu yang mudah lupa tu adalah melayu2 yang dibawahnya dulu.hehehe.. jangan marah ar.. ini blog just pandangan yang terlintas difikiran.

Tak Nak Isu Berat

Erm, aku pikir tak nak lagi nak tulis isu berat. Nak tulis perkara ringan2 dan picisan saje. Sebab kalau pikir2kan pun buat sakit kepala je. Takkan la nak tulis tentang isu Dr.M kuar dari UMNO? Kendian ajak semua keluar sekali..Namun, tak boleh pula join parti pembangkang. Adakah ini bermaksud nak mengajak diorang agar tidak berpesatuan? Nak ajak diorang agar sama2 berpencen? Macam mana nak berjuang untuk Melayu ni kalau tak berpesatuan. Tapi ada juga aku terpesoal? Eh, berpecah ke Melayu sekarang ni? Atau just yang berpecah Melayu-UMNO je? Sarawak takdak UMNO ok je.Orang Melayu ni biasa je. Amat bersatu. Jadi, mari la kita pikir. Eh, tak nak, tak nak. Aku tak nak pikir benda berat. Malas nak amik tahu. Berpecah la korang, berbelah la korang. Yang penting jangan nak kaitkan aku dalam masalah korang. Jangan sebab korang punya idealogi korang pergi kaitkan dengan bangsa2 Melayu. Jangan pergunakan kami. Aku bosan. Dulu aku percaya. Sekarang aku malas nak amik tahu. Aku tak nak isu berat dah.

Indon Perbodohkan Rakyat Malaysia

Salam, ok just fast update je. Masuk ni 2x warga indon perbodohkan rakyat Malaysia. Starting, anda menang dari Petronas, Maxis, Celcom atau apa jua kompeni. Then nak dapat rm20,000 kena bagi rm3,000. Tak ke bodoh namanye. Numbe tipon pun konfirm dari indon. Yang paling kelakar, masa aku try kol.. Dia cakap slang indon dengan konfiden jawab "Hello, Petronas KLCC." Haha.. then baru ni, bomoh indon test power buat kol maut. Erm, kalau enset baling anjing tu, akan kuar warna merah gak ke..hehe.. salam.. zass..

Panggilan santau karut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh
KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.
Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.
Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.
Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.

Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.
Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.


Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.

Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya.

**Kebodohan seseorang bukan terletak kepada jawatannye, pada keputusan peperiksaannye atau pada sijil yang diterimanye.. tapi kebodohan seseorang terletak pada betapa bodohnye dia menilai sesuatu, betapa bodohnye dia bertindak sesuatu dan betapa bodohnye dia mempercayai sesuatu. Jadi marilah kita sama-sama tidak melibatkan diri dengan perkara yang membuatkan kita terjebak dalam kebodohan.Sedikit kebodohan boleh membawa padah. Sedikit kebodohan boleh mebawa merana. Merosakkan akhlak, mencacatkan minda. So, setiap input yang diterima perlu dinilai. Bukan untuk terus melatah. Salam hormat.. Zasss..**

Dibelasah pelanggan - Didakwa jual nasi, lauk mahal [Kosmo!]

TAIPING - "Sudahlah terhimpit dek harga barangan terutama beras yang semakin melambung harga kebelakangan ini, saya pula dibelasah pelanggan kononnya tidak berpuas hati dengan harga nasi bungkus yang dijual."
Demikian cerita peniaga nasi campur, Abu Bakar Jaafar, 58, berhubung tindakan ganas seorang juruteknik yang membelasah dan memalukannya di depan khalayak di Pasar Malam Simpang di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu, isteri juruteknik terbabit dikatakan telah menengking sekuat hati kepada isterinya, Hamidah Omar selepas dua bungkus nasi campur yang dibeli wanita itu dimaklumkan harganya.
"Wanita berkenaan bertanyakan berapakah harga nasi bungkus pertama yang mengandungi empat cedok sambal tumis petai dan seketul ikan masak kari. Pada masa sama, wanita itu mula mengisi nasi dalam pek kedua dan mencedok sambal kerang yang bukan sedikit kuantitinya.
"Isteri saya kemudiannya memaklumkan harga bagi dua bungkus nasi berserta lauk-pauk yang dibungkus itu adalah RM7 namun apa yang mengejutkan, wanita terbabit serta-merta menengking ke arah saya dan isteri," dakwanya ketika ditemui di wad Hospital Taiping semalam.sakit
Beliau memberitahu, wanita terbabit terus beredar ke keretanya dengan meninggalkan nasi yang sudah bercampur lauk di gerainya.
"Terkilan dengan tindakan kurang sopan dan memalukan dek kata-kata kesat isteri juruteknik itu, saya terus berjumpa dengan suaminya kebetulan berada di gerai menjual buah berdekatan untuk menerangkan keadaan sebenar.
"Saya cuma maklumkan bahawa isterinya tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian apatah lagi di depan orang ramai namun tiba-tiba juruteknik berkenaan mencekak kolar baju saya. Dia terus membelasah dan menolak saya menyebabkan jari kelingking saya patah selain kecederaan lain di tangan," katanya.

**Erm, yelah, dulu barang naik sekilo 30posen, jadi sepinggan naik 50posen, ini menghimpit atau dihimpit? Macam kes minyak naik dulu. Tetiba air milo ais jadi rm3 pun ada. Kepala hotak dia. Tapi tak patut la pukul2 orang kan. Cuma sebagai peniaga Islam tu, harap bukan saja sediakan makanan yang halal tapi cuba2 lah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal juga. Sebab jangan sampai tertindas bangsa dan agama sendiri untuk mengaut keuntungan lebih. Jadi, hentikan keganasan.Zasss...

Klip video kaitkan latihan komando ATM keterlaluan [Berita Harian]

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan diminta memberi penjelasan sama ada modul latihan asas komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tindakan penderaan keterlaluan dengan memijak kepala pelatih sebagai amalan biasa.
Perbuatan yang disifatkan melanggar tatasusila dan menjatuhkan maruah individu itu didedahkan sekumpulan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi klip video dua minit yang diketuai Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).
Klip video itu turut ditontonkan kepada wakil media di lobi Parlimen, hari ini.
Saifuddin berkata, sebaik menerima klip video yang disertakan dengan nota: 'Latihan Asas Komando' minggu lalu, beliau membuat semakan dengan beberapa bekas anggota komando ATM dan mereka mengesahkan ia adalah sesi latihan komando berdasarkan pakaian seragam yang dipakai jurulatih.
"Bagaimanapun, mereka mengesahkan sepanjang pengetahuan mereka, tiada modul latihan yang menetapkan jurulatih perlu memijak kepala pelatih dengan kerap.



"Justeru, kami meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan adakah tindakan keterlaluan ini adalah modul biasa latihan..dan jika menteri sudah tahu adakah tindakan sudah diambil mengenainya.
Apa pendapat anda?
  1. - 7
  2. - 0
  3. - 9
  4. - 0
  5. - 0
  6. - 0

Total votes: 16

Testing URL

Just testing plugin baru arr..

Polis serbu taman tema anjur judi, pelacuran

SUNGAI PETANI 14 Mei - Polis melumpuhkan satu kegiatan judi dan pelacuran yang berselindung di bawah nama pusat rekreasi dengan tertangkapnya 34 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan di sebuah taman tema di Lebuh Raya Utara- Selatan dekat Pekan Napoh, Jitra, semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu itu, polis turut menahan tiga wanita warga asing dipercayai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, serbuan tersebut dijalankan berdasarkan maklumat risikan polis sejak beberapa hari lalu.

"Premis tersebut merupakan taman tema dan pusat rekreasi. Siasatan awal menunjukkan pemilik premis diberikan kebenaran untuk menganjurkan permainan mahjung yang hanya dibuka kepada ahli kelab.

"Bagaimanapun, kita percaya lesen kelab mahjung itu disalahgunakan untuk tujuan bermain judi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkhemahan dan Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-38 Peringkat Kedah di Tupah, Merbok dekat sini.

Menurut Syed Ismail, selain menjalankan kegiatan judi, polis percaya pusat rekreasi berkenaan turut menyediakan perkhidmatan GRO dan pelacuran kepada para pelanggannya.

"Kita telah membuat pemantauan sejak beberapa hari lepas dan setelah terbukti memang ada berlaku kegiatan tersebut, polis kemudian melakukan serbuan," jelasnya.

Tambah beliau, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan reman di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Sementara tiga wanita warga asing yang berusia sekitar 20-an ditahan reman di bawah Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen 1959 atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk bekerja.

"Kesemua suspek kes tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Jitra esok," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ismail memberitahu, polis kini sedang menjalankan operasi bersepadu dan beberapa sekatan jalan raya bagi membanteras peningkatan kes jenayah di seluruh negeri Kedah.

"Kita memperhebatkan gerakan tersebut. Tidak kira siang atau malam, polis akan mengadakan sekatan jalan raya di semua daerah, di samping rondaan secara berkereta serta motosikal," ujarnya.

Tambah beliau, dalam tempoh Januari hingga April lalu, kes-kes jenayah melibatkan harta benda banyak dilaporkan di negeri Kedah.

"Antara kes yang begitu kerap ialah kecurian motosikal. Hampir setiap hari kes ini berlaku," ujarnya.

Beliau berkata, sebagai contoh, semalam sahaja sebanyak 10 daripada 23 laporan polis yang dibuat di negeri Kedah melibatkan kes kecurian motosikal.

**ada ke taman tema kat jitra ni? dulu tak dak pun. dah sampai sini baru nak ada. Leceh tol la.

Ibu pejabat DAP Perak dilontar bom petrol [Utusan]

IPOH 15 Mei - Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.
Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

Kejadian bermotif politik
IPOH 15 Mei - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menganggap perbuatan melontar bom petrol di ibu pejabat parti itu di Bandar Ipoh Raya di sini, awal pagi ini, sebagai bermotif politik.
"Ia merupakan satu cubaan untuk membakar pejabat DAP yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang ada unsur khianat kepada parti,” katanya ketika melawat pejabat itu pagi ini.

Alahai, main bom2 lak sekarang ni.Macam2 hal dah ni.