Skip to main content.

Archives

This is the archive for May 2008

Duta feat. Baizura Kahar - Cinta Antara Kita... sayang..



Duta:
sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

Duta:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Baizura Kahar:
setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Duta:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Baizura Kahar:
hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…

**Nak?

Aku Withdraw Rm300

Mueh mueh mueh.. best nye, tadi penuh rasa takut aku pun try withdraw duit aku guna mesin ATM RHB. Sebab Kad Debit dari bux.to ni tak dak cip, just magnetik stripe je. Dah tu lak, ada 4 numbe pin je. So, aku just taip (selalu kalau masukkan cukup enam dia akan terus ke main page) pin then klik enter, pilih withdraw, pilih kad kredit, then tekan Rm300 tanpa ragu2. Kemudian, sungguh lama dia proses. Aku dah rasa takut dah. Bimbang2, then, dengar bunyi duit dikira2. trut,trut trut, kad keluar, 3 saat kemudian, duit pun keluar. RM50 baru, 6 keping semuanya.. Ahh.. wangi nye.. setelah berbulan2 aku rasa amat bahagia sekali sebab aktiviti klik banner ni membuahkan hasil. Dan paling best, semalam request. Hari ni keluar.. Hebat kan.. Syok nye.. Nak tinted keta la lepas ni.

2 hari Yang Best...

Dua hari ni memang agak best bagi aku sebab aku terasa best. Bila kita bersabar kita pasti akan mendapat ganjaran. Ini la yang berlaku pada aku. Bila aku bersabar, maka akan mendapat ganjaran. Program klik banner bux.to aku ni memberi pulangan kepada aku. $11 semalam masuk, then $140 hari ni masuk. Aku just sekarang tunggu diorang loadkan duit ke dalam kad debit aku dalam masa 2 jam dari sekarang dan aku boleh kuarkan nanti. Beratus jugak tu. Hehe, dapat la income lebih kali ni. Boleh beli barang. Hehe.. Boleh aku tinted keta aku ke.

telor oh telor





Imam kerugian ditipu lelaki

KANGAR 22 Mei - Imam Masjid Negeri Arau dekat sini, Muridi Mohammad mendakwa ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil sebuah stesen televisyen berbayar menyebabkannya kerugian wang tunai, Selasa lalu.
Muridi, 42, mendakwa beliau menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 1.15 petang 20 Mei lalu yang menyatakan kad SIMnya telah memenangi wang tunai berjumlah RM14,000.
Menurutnya, akibat teruja dengan kemenangan itu, dia telah menghubungi stesen televisyen berkenaan menerusi nombor telefon daripada SMS berkenaan.
"Seorang lelaki menjawab panggilan saya dan dia memperkenalkan diri sebagai wakil stesen televisyen itu.
"Lelaki itu menyatakan bahawa saya telah memenangi wang tunai sebanyak RM14,000 dan meminta nombor akaun bank simpanan saya untuk memasukkan wang yang dimenangi itu," katanya.
Muridi berkata, beliau telah memberikan nombor akaunnya kepada lelaki berkenaan dan kemudian lelaki itu menyuruhnya memeriksa akaunnya kerana wang yang dimenanginya itu telah dimasukkan ke akaunnya.
"Sejam kemudian, saya memeriksa akaun saya di mesin ATM dan mendapati tiada wang sejumlah itu dimasukkan sebaliknya duit simpanan saya dalam akaun sebanyak RM240 telah lesap.
"Sehubungan itu saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kerana berasa telah ditipu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muridi juga kesal dengan bank tempatan berkenaan yang tidak menyediakan sistem keselamatan yang baik terhadap akaun pelanggan sehingga boleh diceroboh masuk dengan mudah oleh pihak-pihak tertentu.
Sehubungan itu, Muridi berharap pihak berkenaan bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu termasuk mengembalikan wang simpanannya di bank berkenaan.


**Ghairah kerana wang. Ini adalah salah satu indon menipu ni.Tak pun Malaysia sendiri ni.Aku tak rasa salah pihak bank yang mempunyai keselamatan yang ketat. Padahal salah sendiri. Sebab, banyak kes macam ni. Dengan tak tahu menahu nye, penyangak ni akan suruh diorang activate diorang punya bank online. Dengan tak tahu ape satu ni, akan ikut arahan melalui telefon, untuk activate kan di ATM mesin. Pendidikan la yang penting dalam hal ini. Buat iklan kat tv pasal internet online.Macam mana nak buat. Macam mana nak tahu penipuan. Sistem bank tak dapat diceroboh dengan mudah. Just like phishing. Terang2 web tu tulis theinternetonline.com/maybank bukan nye maybank2u.com.my so kenapa pergi percaya? Clone sites memang senang. Jadi, kena bijak la sikit. Dan pada yang rasa diri dah cukup bijak tu, tolong2 la bantu mereka yang tak berapa tahu ini untuk tahu. Jangan la buat iklan macam semua orang Malaysia ni tahu. Main peranan sikit. Kes penipuan ini bukan terpencil. Macam kes bangangnye bagi maklumat kad kredit then terus kena tipu. Hak kita bersama untuk mengelakkan benda ini berulang. Zass..

Kongsi pekerja Myanmar dibakar

SUNGAI PETANI - Geram dengan tindakan sekumpulan pekerja Myanmar yang cuba menyerang enam remaja termasuk seorang pengawal keselamatan, sekumpulan 50 penduduk Bandar Puteri Jaya dan Seri Astana di sini bertindak membakar 30 buah rumah kongsi di pinggir hutan Kampung Serokam semalam.
Sebuah kedai runcit yang terletak berdekatan rumah kongsi itu turut musnah dalam kejadian pukul 1.10 pagi.

Sebelum insiden tersebut, sekumpulan lebih 10 pekerja asing itu yang dipercayai mabuk cuba menyerang kumpulan remaja dan pengawal keselamatan yang sedang berbual di sebuah pondok pengawal keselamatan di kawasan pembinaan perumahan Seri Astana.
Nasib baik kesemua remaja dan pengawal keselamatan itu sempat melarikan diri, bagaimanapun sebuah motosikal milik salah seorang remaja tersebut yang ditinggalkan di situ kerana melarikan diri telah dibakar oleh pekerja Myanmar itu.
Pengawal keselamatan itu, Roslan Ahmad (gambar kecil), 22, berkata, "selepas gagal menyerang kami, kumpulan pekerja asing itu bertindak memecahkan cermin tingkap pondok pengawal."
Menurutnya, dia mendapati sekumpulan pekerja asing yang menyerangnya pada ketika itu seperti dalam keadaan mabuk dan mereka membawa kayu, botol dan batu.
Katanya, dia dan rakan-rakannya yang lain mungkin mati sekiranya tidak sempat menyelamatkan diri.

**Buat lagi best tempat orang.Sekarang dengan kawan-kawan dia padan muka. Ini baru sikit ni. Tapi kalau aku la, aku amik tv diorang. hehe.. Takdak la, jangan la marah sampai jadi hilang akal. Ada yang memang niat suci dia nak kerja dan kawan-kawan yang buat taik. Dia pun jadi mangsa. Aku kenal gak budak asing ni, menang baik sungguh. Sebab niat dia nak kerja. Skema tol.

Siri 24 - Tahun 1994

Bagaimana kalau siri 24 dimoviekan pada tahun 1994?Ini hasilnye.Memang tetap layanzz
See more funny videos at CollegeHumor

FakeTV Burglar Deterrent Device

Opto-Electronic Design, Inc mengeluarkan FakeTV. TV yang palsu? Takda la. Tapi lampu yang dikeluarkan oleh TV tipu ini akan menipu pencurik2 dari luar. Konon2nye ada orang kat dalam rumah. Dan digalakkan TV tadi ditalakan kedinding atau pembiasan cahaya (bias atau pantul?) kedinding berdekatan dengan tingkap. FakeTV ini dengan niat akan menipu pencurik bahawa ada orang kat rumah. Secara asasnye anda boleh pasang je tv then pergi keluar. Tetapi kalau guna FakeTV ni, tenaga dapat dijimatkan dengan penggunaan lampu LED.

Ini adalah tahap penipuan yang buat pengeluar rasa cambest je.
- simulasi lampu nye yang dinamik dan meyakinkan
- kawalan komputer yang membuatkan seakan2 tv 27" dari pengeluaran lampu LED FakeTV ni
- penggunaan tenaga pada cahaya malam dan AC adapter bagi free je
- depa kata la, paling buat FakeTV ini efektif adalah dia ada timer. Sebab tv standard biasa takdak timer.
- Boleh set bila naik senja je dia on. Naik siang dia off balik.

Konon-Kononnye..

Semalam aku tak dapat nak tengok keadaan genting perlawanan antara Chelsea & Man. Utd. Kononnye nak bangun pagi tu then pergi tengok. Walaupun secara ikhlasnye aku tak la minat sangat nak tengok. Tak ada perasaan memberontak. Nampaknya, tido adalah lebih penting. Termasuklah kawan-kawan aku yang agak bersemangat nak tengok. Tah bangun tah ke tidak diorang. Hahaha.. aku harapkan Chelsea menang, namun apakan daya..

Manchester United wins European Champions League final


The Champions League, Europe's most coveted trophy, is back in the hands of Manchester United. It was won at 1.34 a.m. in Moscow in the cruellest way a sporting contest can end -- on the penalty shoot out that many of us have compared to Russian Roulette.
At 90 minutes, the final against Chelsea stood all square, one goal apiece and nothing to decree that one side or the other deserved defeat. After 30 minutes overtime, and a total of almost 10 minutes more for various injuries and stoppages, the two teams were like exhausted prize fighters.
They were still on their feet, those that hadn't fallen with cramp. They were pawing instinctively at one another in torrential rain, neither having the energy to land a knock out blow. So to penalties, to the lottery that tests the nerve of men paid millions to be soccer players not men praying for a lucky break in a sequence of kicks on goal.
The shootout was like the game itself, the teams were inseparable over the first 10 penalty kicks. Of all people, the first man whose nerve failed was Cristiano Ronaldo, arguably the finest player in the world at the moment.
He had already scored a proper goal, rising in the area after 26 minutes, escaping his marker Michael Essien and, tall man that Ronaldo is, guiding the cross from Wes Brown with consummate power and precision into the top of the net.
Today in Sports
Manchester United wins European Champions League final
IHT Global Sports Forum With Christopher Clarey: French Open 2008; Part Two - The Women's Tournament
Testing return for umpire who infuriated Pakistan
United should then have consolidated because its game flowed with movement and passing that Chelsea could not compete with. Michael Carrick and Paul Scholes were the pass-masters, and twice Carlos Tevez, his aim not a match for his energy, failed to capitalise on chances.
The one quality keeping Chelsea in the final at this stage was heart. Their spirit is stubborn, their will sometimes appear insuperable, and on the stroke of half time they levelled the score. It was a fortuitous goal, the first hint this night in the Luzhniki Stadium that there was indeed a lottery rolling.
What Essien lacks as a full back, especially when the shadow he is chasing is Ronaldo, he makes up for in his hunger to power forwards. He got lucky because his shot from outside the area was not worth a goal, but by the time it had ricocheted off not one but two men in red -- Nemanja Vidic and Rio Ferdinand -- it fell sweetly into the path of Frank Lampard. Even then, there was a capricious twist of fate, a slip by the foot of goalkeeper Edwin van der Sar as he came forward to meet the danger.
Lampard mercilessly punished the slip by placing the ball beyond the keeper.
After that, at times fiesty but refereed with prompt authority by the Slovak Lubos Michel, the momentum passed from United to Chelsea. The finesse of Manchester was eclipsed by the power, and hunger, of the team in blue.
Had the luck reflected Chelsea's effort, it would then have taken the title. But first Didier Drogba, able to conjure sudden and violent power with a shot out of nothing, struck the post. Then, well past the midnight hour and indeed into the first period of extra time, Lampard repeated the trick -- with the same fate, the ball bouncing away off van der Sar's post.
Men were now falling with cramp on that dreadful pitch, laid less than two weeks ago and made to look green but draining the juice from players' limbs. Minds were fraying too, and after Tevez and Terry had become embroiled in a tetchy argument, Drogba foolishly, petulantly slapped the face of Vidic.
It was a tap, not at all a heavyweight's punch. But Michel refereed it by the book, and sent off the big Ivorian Drogba who has been suggesting all season long that he will quit Chelsea this summer. If so, his last act in the shirt was to walk in disgrace.
Rules are rules -- and the rule of soccer is that if players can't decide on the field which team is the better, then those darned penalties will do it for them. The first four kicks went in with metronomic precision, the fifth was to be taken by Ronaldo.
He is United's penalty taker. He has scored 42 times in a year, an amazing count for a winger, and he is both the English Premier league top scorer, and Europe's this season. Yet he stopped on his run up to the ball, betrayed by hesitation; and Petr Cech dived to save his weak shot.
The penalties rattled in until, at 4-4, John terry, Chelsea's redoubtable captain, walked up to take what would have been the decisive kick.

Tanda-tanda di tandas..

Tanda tandas. Anda perlu tahu agar anda tidak kandas. Ini antaranye.



Jom layan bola..

Sempena kehangatan malam ini.Man.U atau Chelsea.. Bola memang sukan yang best.


MyRapidShare Filez

Ini koleksi mp3 aku dalam folder rapidshare aku. Koleksi Mp3 setakat ini. Nanti upload lagi la.

http://rapidshare.com/users/TLU788

Pregnancy Tips - For Dummies

Khas kepada ibu2 muda yang pertama kali mengandung, sedang atau bakal. Ini adalah tips2 berguna untuk korang amalkan. Save and print dan bukukan ye.
tips mengandung
Tips 1
Tips 2

Nak lagi? read More.. aku taknak lembabkan bila nak load muka depan blog ni.

Shafie: Tidak wajar anggap Dr. M ‘duri dalam daging’ [Utusan]

KUALA LUMPUR 20 Mei – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam tidak sewajarnya menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana sumbangan bekas Presiden UMNO itu kepada parti sungguh besar dan beliau juga banyak berjasa kepada pembangunan negara.
Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan kerana Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Perkara ini memang tidak boleh kita nafikan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan Dr. Mahathir meninggalkan parti bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.
Walapun mengakui sedih dengan tindakan beliau (Tun) itu, Musa melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti.
Dalam pada itu, Mohd. Shafie (BN-Semporna) turut menegaskan, ahli-ahli Parlimen Sabah tidak akan mengikut jejak langkah Dr. Mahathir sebaliknya terus setia bersama UMNO.
‘‘Wakil rakyat dari Sabah cuma menyatakan rasa tidak puas hati mereka mngenai pembangunan di negeri berkenaan yang agak ketinggalan dan bukannya berniat untuk melompat parti,” katanya.

**Musa Hitam dulu TPM bawah Dr.M? Jadi wajarkah Musa Hitam buat statement macam tu? Memang Dr.M agak sinis mengkritik Pak Lah. Dalam blog chedet pun lebih ke arah sebuat kerajaan Abdullah. Bukannye kerajaan BN yang beliau teraju sejak dulu lagi. Apa yang bagi aku menarik tentang keratan akhbar ni adalah. Politik ini bagaikan suatu perkara yang bila kita buat baik, kita akan dipuji untuk suatu tempoh saje. Bila kita di atas, kita diampu sampaikan melayang2 badan ni. Tapi, bila kita tiada ape2. Bila kita sudah tiada sengat. Jangankan tegur, cuit bahu sikit pun dah dianggap derhaka.Dan sekarang ni, apa yang selalu diperkatakan oleh Tun Dr.M adalah betul. Melayu yang mudah lupa tu adalah melayu2 yang dibawahnya dulu.hehehe.. jangan marah ar.. ini blog just pandangan yang terlintas difikiran.

Tak Nak Isu Berat

Erm, aku pikir tak nak lagi nak tulis isu berat. Nak tulis perkara ringan2 dan picisan saje. Sebab kalau pikir2kan pun buat sakit kepala je. Takkan la nak tulis tentang isu Dr.M kuar dari UMNO? Kendian ajak semua keluar sekali..Namun, tak boleh pula join parti pembangkang. Adakah ini bermaksud nak mengajak diorang agar tidak berpesatuan? Nak ajak diorang agar sama2 berpencen? Macam mana nak berjuang untuk Melayu ni kalau tak berpesatuan. Tapi ada juga aku terpesoal? Eh, berpecah ke Melayu sekarang ni? Atau just yang berpecah Melayu-UMNO je? Sarawak takdak UMNO ok je.Orang Melayu ni biasa je. Amat bersatu. Jadi, mari la kita pikir. Eh, tak nak, tak nak. Aku tak nak pikir benda berat. Malas nak amik tahu. Berpecah la korang, berbelah la korang. Yang penting jangan nak kaitkan aku dalam masalah korang. Jangan sebab korang punya idealogi korang pergi kaitkan dengan bangsa2 Melayu. Jangan pergunakan kami. Aku bosan. Dulu aku percaya. Sekarang aku malas nak amik tahu. Aku tak nak isu berat dah.

Indon Perbodohkan Rakyat Malaysia

Salam, ok just fast update je. Masuk ni 2x warga indon perbodohkan rakyat Malaysia. Starting, anda menang dari Petronas, Maxis, Celcom atau apa jua kompeni. Then nak dapat rm20,000 kena bagi rm3,000. Tak ke bodoh namanye. Numbe tipon pun konfirm dari indon. Yang paling kelakar, masa aku try kol.. Dia cakap slang indon dengan konfiden jawab "Hello, Petronas KLCC." Haha.. then baru ni, bomoh indon test power buat kol maut. Erm, kalau enset baling anjing tu, akan kuar warna merah gak ke..hehe.. salam.. zass..

Panggilan santau karut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh
KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.
Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.
Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.
Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.

Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.
Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.


Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.

Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya.

**Kebodohan seseorang bukan terletak kepada jawatannye, pada keputusan peperiksaannye atau pada sijil yang diterimanye.. tapi kebodohan seseorang terletak pada betapa bodohnye dia menilai sesuatu, betapa bodohnye dia bertindak sesuatu dan betapa bodohnye dia mempercayai sesuatu. Jadi marilah kita sama-sama tidak melibatkan diri dengan perkara yang membuatkan kita terjebak dalam kebodohan.Sedikit kebodohan boleh membawa padah. Sedikit kebodohan boleh mebawa merana. Merosakkan akhlak, mencacatkan minda. So, setiap input yang diterima perlu dinilai. Bukan untuk terus melatah. Salam hormat.. Zasss..**

Dibelasah pelanggan - Didakwa jual nasi, lauk mahal [Kosmo!]

TAIPING - "Sudahlah terhimpit dek harga barangan terutama beras yang semakin melambung harga kebelakangan ini, saya pula dibelasah pelanggan kononnya tidak berpuas hati dengan harga nasi bungkus yang dijual."
Demikian cerita peniaga nasi campur, Abu Bakar Jaafar, 58, berhubung tindakan ganas seorang juruteknik yang membelasah dan memalukannya di depan khalayak di Pasar Malam Simpang di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu, isteri juruteknik terbabit dikatakan telah menengking sekuat hati kepada isterinya, Hamidah Omar selepas dua bungkus nasi campur yang dibeli wanita itu dimaklumkan harganya.
"Wanita berkenaan bertanyakan berapakah harga nasi bungkus pertama yang mengandungi empat cedok sambal tumis petai dan seketul ikan masak kari. Pada masa sama, wanita itu mula mengisi nasi dalam pek kedua dan mencedok sambal kerang yang bukan sedikit kuantitinya.
"Isteri saya kemudiannya memaklumkan harga bagi dua bungkus nasi berserta lauk-pauk yang dibungkus itu adalah RM7 namun apa yang mengejutkan, wanita terbabit serta-merta menengking ke arah saya dan isteri," dakwanya ketika ditemui di wad Hospital Taiping semalam.sakit
Beliau memberitahu, wanita terbabit terus beredar ke keretanya dengan meninggalkan nasi yang sudah bercampur lauk di gerainya.
"Terkilan dengan tindakan kurang sopan dan memalukan dek kata-kata kesat isteri juruteknik itu, saya terus berjumpa dengan suaminya kebetulan berada di gerai menjual buah berdekatan untuk menerangkan keadaan sebenar.
"Saya cuma maklumkan bahawa isterinya tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian apatah lagi di depan orang ramai namun tiba-tiba juruteknik berkenaan mencekak kolar baju saya. Dia terus membelasah dan menolak saya menyebabkan jari kelingking saya patah selain kecederaan lain di tangan," katanya.

**Erm, yelah, dulu barang naik sekilo 30posen, jadi sepinggan naik 50posen, ini menghimpit atau dihimpit? Macam kes minyak naik dulu. Tetiba air milo ais jadi rm3 pun ada. Kepala hotak dia. Tapi tak patut la pukul2 orang kan. Cuma sebagai peniaga Islam tu, harap bukan saja sediakan makanan yang halal tapi cuba2 lah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal juga. Sebab jangan sampai tertindas bangsa dan agama sendiri untuk mengaut keuntungan lebih. Jadi, hentikan keganasan.Zasss...

Klip video kaitkan latihan komando ATM keterlaluan [Berita Harian]

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan diminta memberi penjelasan sama ada modul latihan asas komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tindakan penderaan keterlaluan dengan memijak kepala pelatih sebagai amalan biasa.
Perbuatan yang disifatkan melanggar tatasusila dan menjatuhkan maruah individu itu didedahkan sekumpulan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi klip video dua minit yang diketuai Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).
Klip video itu turut ditontonkan kepada wakil media di lobi Parlimen, hari ini.
Saifuddin berkata, sebaik menerima klip video yang disertakan dengan nota: 'Latihan Asas Komando' minggu lalu, beliau membuat semakan dengan beberapa bekas anggota komando ATM dan mereka mengesahkan ia adalah sesi latihan komando berdasarkan pakaian seragam yang dipakai jurulatih.
"Bagaimanapun, mereka mengesahkan sepanjang pengetahuan mereka, tiada modul latihan yang menetapkan jurulatih perlu memijak kepala pelatih dengan kerap.



"Justeru, kami meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan adakah tindakan keterlaluan ini adalah modul biasa latihan..dan jika menteri sudah tahu adakah tindakan sudah diambil mengenainya.
Apa pendapat anda?
  1. - 7
  2. - 0
  3. - 9
  4. - 0
  5. - 0
  6. - 0

Total votes: 16

Testing URL

Just testing plugin baru arr..

Polis serbu taman tema anjur judi, pelacuran

SUNGAI PETANI 14 Mei - Polis melumpuhkan satu kegiatan judi dan pelacuran yang berselindung di bawah nama pusat rekreasi dengan tertangkapnya 34 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan di sebuah taman tema di Lebuh Raya Utara- Selatan dekat Pekan Napoh, Jitra, semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu itu, polis turut menahan tiga wanita warga asing dipercayai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, serbuan tersebut dijalankan berdasarkan maklumat risikan polis sejak beberapa hari lalu.

"Premis tersebut merupakan taman tema dan pusat rekreasi. Siasatan awal menunjukkan pemilik premis diberikan kebenaran untuk menganjurkan permainan mahjung yang hanya dibuka kepada ahli kelab.

"Bagaimanapun, kita percaya lesen kelab mahjung itu disalahgunakan untuk tujuan bermain judi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkhemahan dan Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-38 Peringkat Kedah di Tupah, Merbok dekat sini.

Menurut Syed Ismail, selain menjalankan kegiatan judi, polis percaya pusat rekreasi berkenaan turut menyediakan perkhidmatan GRO dan pelacuran kepada para pelanggannya.

"Kita telah membuat pemantauan sejak beberapa hari lepas dan setelah terbukti memang ada berlaku kegiatan tersebut, polis kemudian melakukan serbuan," jelasnya.

Tambah beliau, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan reman di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Sementara tiga wanita warga asing yang berusia sekitar 20-an ditahan reman di bawah Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen 1959 atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk bekerja.

"Kesemua suspek kes tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Jitra esok," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ismail memberitahu, polis kini sedang menjalankan operasi bersepadu dan beberapa sekatan jalan raya bagi membanteras peningkatan kes jenayah di seluruh negeri Kedah.

"Kita memperhebatkan gerakan tersebut. Tidak kira siang atau malam, polis akan mengadakan sekatan jalan raya di semua daerah, di samping rondaan secara berkereta serta motosikal," ujarnya.

Tambah beliau, dalam tempoh Januari hingga April lalu, kes-kes jenayah melibatkan harta benda banyak dilaporkan di negeri Kedah.

"Antara kes yang begitu kerap ialah kecurian motosikal. Hampir setiap hari kes ini berlaku," ujarnya.

Beliau berkata, sebagai contoh, semalam sahaja sebanyak 10 daripada 23 laporan polis yang dibuat di negeri Kedah melibatkan kes kecurian motosikal.

**ada ke taman tema kat jitra ni? dulu tak dak pun. dah sampai sini baru nak ada. Leceh tol la.

Ibu pejabat DAP Perak dilontar bom petrol [Utusan]

IPOH 15 Mei - Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.
Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

Kejadian bermotif politik
IPOH 15 Mei - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menganggap perbuatan melontar bom petrol di ibu pejabat parti itu di Bandar Ipoh Raya di sini, awal pagi ini, sebagai bermotif politik.
"Ia merupakan satu cubaan untuk membakar pejabat DAP yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang ada unsur khianat kepada parti,” katanya ketika melawat pejabat itu pagi ini.

Alahai, main bom2 lak sekarang ni.Macam2 hal dah ni.

Amylea - Aku Sindarela



Perlukah aku menanti dirimu
Dengan dirinya mengagungkan aku
Mestikah aku pergi bersamanya
Dengan dirimu sentiasa ku puja

Pabila hadirmu mengaburi hatiku
Meniti waktu mengisi saat kisah dongengku
Lakaran bahagiamu itu menjanjikan aku
Hanya akan selalu di dalam anganku

Aku, akulah Sindarela
Hatiku diriku anganku mimpiku
Cerita hidupku
Akulah Sindarela, Sindarela, Sindarela lala

Aku, akulah Sindarela
Hatiku diriku anganku mimpiku
Cerita hidupku
Akulah Sindarela lala
Sindarela�

Sanggupkah aku hilangkan mimpiku
Apa yang ku perlu antara keinginanku
Adakah aku harus memilihnya
Bila dirimu sentiasa ku puja

**Nak lagu ni kat web korang? Just copy/paste code dibawah. Tak jadik? Hantar komen.Kita tengok mana yang tak betul.

Demo Buang Tulang Ikan

Seperti dijanjikan. Aku pun upkan la demo waiters buang tulang ikan SeaBus ni. Aku masih tak tahu nama melayutifik nye. Kalau ada yang tahu boleh inform kat aku.


wow..wuu..weee..wahahahah. kembang idung mamat ni..

Amy Search - Terjah

Jom kita terjah. aku carik lirik tak jumpa lak. leceh tol.


**Amik letak kat mana-mana berkenan. Frenster ke, myspace ke, mana2 je.

The Rock feat. Ahmad Dhani - Munajat Cinta



malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah-sudah

hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus

reff:
tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya

mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin pupus

repeat reff

**Amik letak kat web lain.

Try Ubuntu

Erm, aku mungkin tidak online sebab aku nak online bersama Ubuntu pertama aku. Apekah benda ni? Nanti aku terbitkan hasil kajian aku. Banyak tol nak kena kaji.

Selamat Hari Ibu

Kami ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu kami yang berada di sana. Aku pun tak nak ucap lebih2 kat sini. Sebab mak bukan baca pun blog ni. Jadi segala ucapan akan diucap terus ke telinga mak. Kepada mereka disana. Yang sudah terbiasa bila kol mak suh mak kol balik tu. Laburkan la sikit kol mak terus. Sayangilah mak anda. Mak memang best dihati kami.

So far no update

Sekarang ni takdak update. Cuma semalam semalam pagi (erm macam mana nak describe 8hb pada waktu jam 3 pagi) sebab aku buat posting ni pada 9hb jam 7.35pagi). Umah jiran aku kena pecah masuk. Banyak barang dia hilang gelang, duit rm50 (total rm1000 - aku tak kira pun. Dia bagitau aku), jam tangan (mesti mahal - kalau takat free buat kad kredit takkan la kot) dan beberapa barang berharga. Profesional gak tu pecah masuk masa tengah tido. Dia pun tak terbangun. Mungkinkah pada jam 3pagi adalah waktu yang paling nyenyak tido? Sebab aku kalau terjaga tak boleh tido pun tak pernah la terbangun jam 3pagi. Aku terbangun pun sikit2 nak pukul 4 dah. Kembali pada topik. Walaupun penyangak tu pro sikit, tapi ada bodoh dia, dia tinggalkan cap jari. Jadi senang la polis nak memburu manusia bangang lagi menyusahkan orang ni. Aku harap diorang jumpa la penyangak ni agar aku terasa lebih tenang memalam.
Sebut pasal bangang. Aku memang bengang dengan sorang pakcik dalam 40an atau mungkin 50an yang aku kategorikan bangang nak mampus ni. Naik kenari warna ungu cat sendirik. Aku memang tak puas ati sungguh. Sebabnya. Ada ke patut dia berhentikan kereta tengah jalan sebab nak kuar dan marah2 tah sape lak yang bawa moto. Dah jalan sesak teruk. Dia tambahkan sesak. Simpang 4 lak tu. Sebabkan dia. Aku terpaksa tunggu lama sebab lepas je potong dia terus lampu jadi merah. Lepas tu pandai lak dia masuk balik ke kereta dia. Tak campur orang bangang yang parking suka hati tepi jalan. Bangsa T sungguh diorang ni. Takdak otak kot. Halo sedara, tak pikir ke tentang orang. Hampir dikatakan punca jem disini adalah sebabkan pemandu2 yang bodoh2 ni. Parking suka hati. Jalan yang 3 lorong boleh jadi 1 lorong. Sebab keta aku dari tin je aku akur. Kalau tak. Akan aku langgar sampai kemek kereta bangsa2 ni. Benci sungguh aku. Fuh.. dapat lepas geram. Ok dah.

Kenapa Aku Tak Tengok Bersamamu Dengan Kawan-Kawan

Baru je tadi aku tengok Bersamamu. Ni yang aku elakkan bila rancangan ini bersiaran dan kawan-kawan sekeliling. Aku takkan bagi perhatian sangat. Bila tengok betul2. Mula la feeling. Sedih wo. Aku pun dulu hidup tak senang tapi tak la susah. Survive gak la. Jadi marilah kita bersama-sama membantu sekeliling anda. Hargai apa yang dimiliki. Sedihnye, ngadu kat sayang dah. Sejuk sikit. Huhuhu...

Da Dinner D' Hilton

Walapun aku demam, tapi aku dengan semangat waja dan penuh perkasa memberanikan diri pergi dinner di Hilton. Ada ramas mesra pulak dengan Tan Sri. Pakaian Smart Casual. Apa kejadah tema tu. Aku pun pertama kali tahu wujudnye perkataan ini masa dinner sayang. Setelah aku buat kaji selidik, rupanya pakaian tidak formal tapi sopan. Erm, jadi pakai jelah kain pelekat ke, t-shirt langkawi ke, sopan pe bukan aku pakai seksi. Maka kajian demi kajian aku lakukan. Hek eleh, baju pergi kelas rupanya. Pakai la t-shirt, tapi berkolar. Seluar jeans sekarang dah tak boleh pakai dah. Dulu tak pe boleh. Sekarang PakLah tak bagi. Hehe… Takda yang best sangat dengan dinner tue. Just dengar la Tan Sri yang ngantok2 tak cukup tido berucap. Aku pun naik ngantok. Dia cakap, rajin2 la buka blog berkaitan kerja untuk memantapkan ilmu. Hah! Jadi, tak salah aku buka blog aku masa kerja. Sebab blog ini berkaitan aku. Dan aku berkerja. Maka berkaitan kerja aku. Bijaknya Bahasa Melayu aku. Ni sebab banyak makan cendol la ni.
alatan diner
Dinner ala-ala Chinese ni memang popular. Sebab ape aku tak tahu. Kekadang macam orang sakit je. Tawar je. Tambah teh dia bagi. Gula takde ke sedara? Kendian nak nyeksa aku. Yup, patut la senior aku tak nak bagi sudu dan garpu dia kat waitress tue. Rupanya ada agenda tersendiri. Aku pun silap pegi bagi lak. Yang chopstick aku tauk2 ni tak nak lak kutip. Tensen tol aku. Aku ke makan nasi goreng dalam mangkuk. Amik khailan guna chopstick. Menyesal aku tak belajar bersungguh2 dengan chopstick hadiah dari sayang tu. Membantutkan semangat makan aku sungguh. Air oren aku dari aku start duduk sampai aku nak balik tak pernah kurang. Penuh je. Tak larat aku abiskan, penuh balik. Penat aku minum. Kembung dengan oren je. Puaka tol. Kain nya cukup besar untuk aku buat lap muka.

Aktiviti makan tak berapa berselera sangat. Cian kat sayang. Sorang2 kat umah. Aku makan sedap2 sayang makan biasa2 je. Macam nak bungkuskan. Tapi kang tak terhabis lak kat umah. Aku paling lega sebab takda sesi karaok. Ada ke nak pedajal aku nyanyi kat depan tue. Kalau la aku kena. Akan aku amik lagu Intifada. Huh, dengki tol. Aku lega sekali kurang-kurang dapat makan dengan tenang.
sup ape tah
Ini sup yang aku tak sanggup tahu isi dia. Khabar angin katakan mentimun laut. Atau gamat. Erk, takkan kot. Buat sapu2 ok la.
ikan seabus
Waiter ni buat best dengan buang tulang ikan penuh bergaya. Video akan di upload nanti. Kami pun buat2 kagum, wow..wow. Rasa masin je. Mesti ikan airmasin ni. Seabus. Ape ke bahasa melayu dia, aku pun tak tau.
khailan
Last makanan. Takdak sape sentuh sangat pun. Aku pun tak makan sangat. Bukan ape. Aku suka khailan ni. Tapi sebab cuma tinggal chopstick je. Macam mana nak amik. Abis kotor tangan aku amik pakai tangan. Leceh tol la diorang ni. Tak konsider langsung terhadap anak melayu ni. Huh perjuangkan melayu sangat. Orang melayu nak makan pun susah. Hehehe.. sekian, wassalam. Dinner pada 5/5/08. Paris Hilton tak jumpa lak masa diorang hantar makanan. Dia tak kerja kot malam tu.

Meh Makan Kentang...

Lepas je kerja dengan kuasa enjin 4 lejang twincam kereta aku berderu pelahan penuh sopan ke opis sayang. Hari ni nak g dating kejap sebelum sayang balik KL. Kononnye besok rehat awal, besoknye pulak nak bangun awal dan hantar pergi airport agar besoknya pulak tak mengantok di tempat kerja. Berapa banyak besok pun tak tahu la. Singgah la kat McD buat makan malam. Gaya hidup urban la konon. Macam biasa order je DoubleChese burge regular 2 set. Aku teringin mega big mac tue. Berlapis2 daging lembu dia. Tapi sebab aku pandang jauh. Maka aku pun makan yang murah sikit. Kang besok terkesampaian lak nak makan nasi. Upacara paling best makan McD jadi tradisi kami ialah kentang goreng blackpaper. Ini cara-caranye. Sekumpulan kentang goreng yang sedia digoreng. Taburkan ke dalam tray tanpa rasa syak wasangka terhadap kebersihan tray tersebut. Taburkan 2-3 keping blackpaper powder dan tabur sesuka hati di keliling tray.
Taburkan
Setelah itu, sos yang sedia dia pam dari mesin sos digunakan untuk upacara mencicah.
makan
Jadik takkan tunggu lagi.. Selesaikan aje yang ada. Kalau ada kucing melintas, boleh la bagi dia makan, cian kucing tu kan.
selesai
Aku bawa balik kerja. Nak bagi siap cepat. Tapi macam bawa balik je. Eksen je lebih. Tipu tol. Ni berjangkit la ni. Dengan sapa tah..

KLCC

Masa kat KLCC, itu la pertama kali pergi sendiri bersama sayang dengan aku sendiri pun just ikut peta kawan saje.

Just experimen edit gambar. Bakat tahap amatur cipan. Haha..

MAS - MH - MAKIN HAMPEH

Starting today, MAS buat tambang murah. 30% tempat duduk diperuntukkan menurut Idris Jala. Sejak aku naik flight pergi kursus, aku tengok dah ada perubahan dalam MAS memang berbeza dengan kali pertama aku naik MAS. Makanan pun dah lain. Sekarang diorang brand kan MH (code flight untuk MAS kepada Malaysia Hospitility) Tapi bagi aku, lebih kepada Makin Hampeh. Takde lagi Nasi Minyak yang sedap, atau Nasi Goreng Fish O' Fillet. Lagi sedap masakkan tu dari makan sandwich yang aku tak rasa ape pun. Sekadar mayonis? Huh, sos pun takde. Takdak kick langsung. Mungkin lidah melayu macam aku tak sesuai duduk dalam MAS yang 5 Star ni. Apa2 pun, tambang free yang promo dari 5-19Mei ni memberi peluang untuk aku buat planning patutkah aku beli tiket balik bulan 12 nanti. Berbaloi atau tak.

So tunggu apa lagi wahai perantau sekalian. Beli je, tapi kelemahan ialah tak dapat tukar tarikh. Jadi berfikirlah dengan bijak. Tiket balik raya aku dah sedia. Tiket nak balik kahwin dengan raya haji je belum lagi. Aku masih nantikan promo dari AirAsia.

Hantar Rain

Hari ni, aku terlantar dekat umah. Demam la pulak. Sebab kepanasan semalam. Aku kekurangan air putih menurut sayang. Dari kisah kek sarawak sampai tertinggal passport tu, Farhan dah bagitau. Memang kelam-kabut sungguh. Tak campur kisah dia dah sampai kat sana. Niat hati nak record flight terbang, tapi apakan daya, silap parking lak, dia terbang arah lain. Leceh tol, buat penat je tunggu. Tapi dapat la,nak amik bunyi ni letak kat keta aku. Baru rasa pickup.

Ini la hasilnya. Amat merdu bunyi kapal terbang MH ini. Dan aku suspek Rain mungkin ada kat sini dok melambai2. Haha..
suspek
Masa kelam-kabut hantar Rain dan kami pun nak cepat2 pergi tengok kapal terbang berlepas. Secara tetiba, aku ngan Aremeth jadi VViP. Keh keh keh.. Penuh diam2 kami berlagak dibelakang.

Then, pergi umah sayang, perbetulkan paip air. Dengan tak terernye dah rosakkan paip kat sinki. Adus, tak bijak tol.

Shop d' Satok part. 2

Paling aku penat nak membelek ialah gerai ni. Sebab aku sendiri pun tak tahu mana yang cantik, mana yang kiut. Sayang pakai nampak best je. Kaler-kaler dia lagi satu hal. Tah, hitam ke, biru ke, ok je tengok. Sorry ye tak dapat nak jadi macam zhang toi atau benak chandran nak komen lebih2. Apa-apa pilih la yang nampak macam mahal. Lagi digerai ni, akan bersesak dengan pompuan-pompuan lain, tak suka tau. Tak reti la aku nak belek2 benda ni lama-lama. Berpinar2 mata aku.
Kedai Rantai
Orang semenanjung kata kat Sarawak mutiara murah. Orang Sarawak cakap mutiara sini semua dari Sabah, takdak mutiara Sarawak. Yelah tengok macam buruk je jual ratus2. Mahal tol. Baik beli 916, boleh Ar-Rahnukan. Lagi pun takat beli mutiara yang cantik ni baik beli manik2 LumBawang, kaum kat Lawas tue, unik2 jugak diorang punya. Tapi sama gak, mahal jugak.
Manik
Oh,kecewanya aku. Semua mahal2. Nak balik umah la camni. Dok sana murah sikit. Banyak barang siam.

Shop d' Satok part. 1

Lepas jalan-jalan dan makan-makan dengan lahapnya. Maka proses pembelian barangan untuk kawan-kawan sayang berlangsung. Destinasi pilihan adalah Satok. Pasar minggu yang buka 24j seminggu. Macam mana boleh berlaku? Ini sebab hari sabtu dia akan mula beroperasi dan gerai banyak pun dalam tengahari la. Petang tu semua ahli persatuan penggerai jualan dah mula bersesak ditapak disediakan. Segala jenis mak nenek datuk moyang ada. Hardware (software aku tak jumpa lagi), pisang, ikan terubok masin (jualan dengan harga istimewa), kuih muih, dan barang-barang guna-pakai-buang.Aku rembat majalah takdak kulit keluaran bulan lepas. harga beli baru rm12, tapi kalau beli outdated, murah lagi rm4. Sayang beli rantai mutiara dan beg ape tah. Untuk kawan dia. Nak berbangga la tu dengan kawan-kawan lain. Beg beli kat Sarawak tapi Made In China. Haha..
eksen je
Ini eksen je ni. Tak beli pun. Apek tu cakap "Lu angkat satu la". Memang tengah angkat la ni. Angkat letak balik.

Bux.to - Boleh Percaya

Ini adalah aktiviti sampingan aku sambil-sambil surf internet. Aku dah join program ni stat bulan 12 dan aku dah kumpul dalam USD140. Sekarang aku tengah pending cashout $10 dulu. Then, request untuk keluarkan semua income aku terima. Memang agak delay dalam proses pembayaran ini disebabkan masalah daripada starting paypal yang tukar polisi baru dan alertpay yang ada masalah scripts.
bux.to
Untuk join program ini just join this address. Walaupun daftar tanpa referrral, kita tetap akan jadi referral orang lain sebab bux.to ini akan jual unreferral kepada yang nak referral. Jadi apa kata jadi je bawah aku. Kita sama-sama membangun. Hehe. Then, daftar kat alertpay untuk terima bayaran. mudah je nak kumpul wang. Disebabkan ini dalah side income so, jangan anggap ini sebagai cepat kaya. Ini sekadar aktiviti sampingan dan tak lama kemudian, duit masuk. Boleh la buat makan pizza atau beli baju raya.

1. daftar akaun alertpay untuk terima bayaran. Bagusnya ini ialah, kita boleh withdraw duit ke bank akaun di Malaysia. Tak macam paypal yang hanya terima kad visa atau debitcard saja.

2. daftar bux.to untuk teruskan mengklik. Aku tak cadangkan join web lain yang lebih kurang sama antaramuka dan program sebab kemungkinan besar mereka scam dan akan curi maklumat sahaja. Serta tidak kekal lama. So, ini je boleh harap. Nanti kalau aku dapat payment pertama aku. Akan aku canang seluruh dunia.

Memori Lawas

Tetiba teringat pula pengalaman aku naik MASWing dari Miri ke Lawas. Naik TwinOtter, kapal terbang ringan yang memuatkan 19 orang penumpang je dan beg 10kg setiap seorang. Kalau ikut syarat, beg dengan tuan-tuan beg kena timbang. Tapi sebab orang tak ramai. Maka masa chek in mereka tanya berat aku saja. Yelah, beg aku dah exceed 2kg. Dengan konfidennye aku cakap berat aku 60kg. Sayang terkejut berat aku seringan tu. Aku lagi la terkejut. Nasib baik pramugari itu tak terkejut. Maka terlepas la aku dengan beg aku ni. Mana mungkin 60kg. Berat aku sebenarnya 82 kot. Terpaksa aku menipu kang tak dapat naik ke, mampus la aku.
Dari atas
Dalam banyak2 kali aku terbang. Ini pertama kali aku terbang dengan pesawat ringan. Setiap kali dia naik ke turun ke, langgar awan ke itik ke, memang terasa. Dah tu, boleh pulak nampak apa pilot dua orang tu buat. Ini la pertama kali aku terasa pening, nak muntah dan gayat nak mampus. Perjalanan 45minit terasa macam 2j, masa itu juga aku terdetik untuk tak nak naik lagi benda ni. Dah la panas. Ada ke cuma kipas kecik je kat depan tue. Kerusi yang sempit mengalahkan van sapu.
Sempit

Satok! Satok! Satok!

Nanti nak keluar pergi Satok. Ambil sayang dekat rumah dia then memecut kadar segera ke Satok. Tapi kena lewat2 dulu. Bukan banyak buka. Tapi lewat sangat, parking pulak takda. Benci sungguh. Bangang betul. Parking ntah apa2, kendian buat punca jalan sesak pulak tue. Mau aja aku langgar. Tengok la nanti kalau aku dapat honorium. Akan aku langgar setiap jibik kereta yang mengganggu laluan aku. Sedih la aku bulan ni. Bulan lepas nak kena tinggal. Bulan ni pun sayang pergi kursus lagi. Aku tersenyum bila sayang cakap beg yang dia beli kat Satok kawan sayang kirim. Mau tak nye, masa sayang nak beli, aku dah memprovokasikan pendirian nye dengan menyatakan, kalau beli kat sini malu la dekat kawan opis. Beli kat Satok je pun. Terus tak jadi beli. Dah jadi orang sini. Dah tak heran dah barang kat sini. Tapi kawan dia teruja nak pakai. Unik kata nye. Hehe.. Tapi orang sini malu nak pakai.

Cinta Yang Hilang

Hari ini adalah hari yang paling girang buat ku kerana hari ini aku telah berkenalan dengan seorang pemuda yang amat kiut sekali. Mana taknya, aku telah terlangar dengannya apabila aku leka memandang barang2 di kedai sambil berjalan. Mujur pemuda itu tidak memarahi ku sebaliknya, dia meminta pula number telefon ku.

Cinta Yang Hilang

Tepat pada pukul 8 malam, aku menerima msg daripada number yang tidak dikenali. Namun apabila aku bertanyakan siapa lantas dia membalas bahawa dia adalah pemuda yang telah aku melangarnya. Seronoknya hatiku tidak dapat digambarkan. Kami banyak bertanyakan tentang hal peribadi agar kami dapat mengenali diri masing2 dengan lebih dekat sekali.

Kami banyak bermain msg dan sesekali berbual di dalam telefon. Akhirnya, pertemuan yang kedua telah di atur setelah sebulan berkenalan. Berdebar rasanya hatiku apabila pemuda tersebut yang kini ku gelar sebagai Fahmi. Malam tu aku kalut mencari pakaian yang sesuai agar aku kelihatan manis supaya Fahmi tetarik denganku. Malam itu adalah malam yang indah buatku untuk berbuaikan mimpi yang indah untuk pertemuan yang di atur untuk esok.

Kami Planning Kawin..

Planning memang best. Percaturan atas kertas semestinya boleh menang. Macam bola sepak. Tetiba Penang menang 4-2 dengan Selangor. Itu kisah lama. Dulu zaman Marzagua tidak dianggap bangla di KOMTAR pun Penang dah menang. Kami pun sama. Planning nak kahwin lepas raya. Akad nikah dulu. Buat macam tunang hari tu. Lepas raya tunang jarak jauh. Sesambil tengok angkawasan ke buang ke langit, masa itu jugak aku ditunangkan. Aku sekadar pos duit saja. Kini kami planning nak kahwin. Namun, banyak sangat halangan setelah dikaji semula. Leceh sungguh. Maka, rancangan yang lain terpaksa dibubarkan macam nak anak berapa, nanti anak nak hantar ke KEMAS atau PASTI. Yang pasti, semua dijemput ke kenduri aku. Siapa cepat dia dapat makan sebab limited je lauk pauknye. Nanti maklumat terkini akan dilaporkan di sini. Sayang, kita kahwin lari je lah. Dah memang jauh ni, bermarhalah sangat dah ni. Oh mak, kenapa tidak video conference je pernikahan kami di sini. Sama juga.

Jalan-Jalan yang tak best!

Pernah tak terjadi sesuatu yg menyebabkan kegembiraan percutian menjadi kesan buruk dan menggila pada masa depan? Begitu la masa kami berdua dengan hepinye beli tikar sarawak. Tetapi bila pulang. Ada budak perempuan cina yang agak banyak (aku tidak perkauman - hanya dia antara rakyat Malaysia yang bangang) pergi melintas depan aku. Secara otomatik macam aku langgar dia. Ini la jejalan yang tak best. Kereta kecik yang baru bayar bulan pertama, servis pertama dan basuhan pertama, pecah dikiri. Pecah dara lagaknya. Tapi, oleh kerana enset aku yang bangang. Maka aku sempat tangkap gambar kereta empunya bangang ini. Huh..
Wira UNiMaS

Ini la kesannya. Aku terpaksa menapak ke tempat kerja dan naik bot ini kembali untuk melintas ke tempat kerja. Naik van sapu yang sememangnya berlagak nak mampus. Mudah sangat perkotak-katikkan aku yg tinggi ni.

bot pergi keja pepagi