This is the archive for June 2008
Salah Siapa pasal Rebate?
Semalam (Sabtu) hari terakhir di Semananjung, kawan aku nak pergi dapatkan rebate Rm150 untuk motosikal dia yang dia renew 29/5/2008. Jadi, kalau mengikut kenyataan akhbar, memang dia layak la untuk fasa 1 ni. Hasil penat lelah menunggu, kemudian terlepas number dan amik number lain, pergi makan dulu, dan sambung beratur pula di Alamanda, dia pun berjaya sampai di kaunter. Namun amat menyedihkan. Nama takdak dalam sistem. Ye, nama takdak. Kenapa jadi macam tu? Disebabkan di renew 29hb, nama dia tak sempat nak diupdate dan terima. Kalau dah macam tu, kata la tempoh dari 1/4 - 28/5 kan senang. Bodoh betul la. Kalau tak mampu nak sediakan data macam tu. Jangan buat benda kelam kabut. cakap lebih tak guna. Ini menganiaya nama nya. So, kerani tu suggest kawan aku ni tunggu fasa ke dua, amik 1 Julai lak.
06/15/2008 |
Posted by bihunx | Category Hal Ehwal Semasa
5 comments | Permalink |
Rebat dibayar Sabtu - Bayaran RM625 boleh ditunaikan16 hari lebih awal
PUTRAJAYA 9 Jun –
Bayaran rebat tunai RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000cc yang memperbaharui cukai jalan boleh dituntut
di pejabat pos mulai Sabtu ini – 16 hari lebih awal daripada tarikh asal pembayaran, yang sebelum ini ditetapkan pada 1 Julai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah mempercepatkan bayaran itu bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.
“Pemilik kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan pada
bulan April dan Mei lalu boleh mendapatkan bayaran tersebut pada Sabtu ini, di mana-mana pejabat pos.
“Maklumat terperinci mengenai prosedur berkaitan perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Membanteras Inflasi di pejabatnya di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Dalam langkah penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan 4 Jun lalu, kerajaan memperkenalkan bayaran rebat RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol dan diesel yang dinaikkan kepada
RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.
Bayaran RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin
sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.
Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal
membayar atau memperbaharui cukai jalan.
Bayaran tersebut meliputi kenderaan yang cukai jalannya diperbaharui antara
1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, selaras dengan keputusan kerajaan mengawal perbelanjaan awam, pemotongan sebanyak 10 peratus akan dikenakan ke atas Objek Am 20000 (Perkhidmatan dan Bekalan) dan Objek Am 30000 (Aset) di bawah Perbelanjaan Mengurus 2008.
Pada sidang akhbar hari ini, Abdullah menghuraikan secara terperinci langkah-langkah untuk menangani kenaikan harga petrol dan diesel termasuk memperketatkan perbelanjaan kerajaan.
Katanya, sebahagian besar perbelanjaan melibatkan aktiviti promosi dan kempen juga akan dipotong dengan jumlah sebenar ditentukan oleh Perbendaharaan.
Beliau berkata, pengwujudan jawatan baru perkhidmatan awam dibekukan kecuali jawatan kritikal yang membabitkan secara langsung bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan.
Langkah tersebut, kata Perdana Menteri, juga membabitkan jawatan kritikal yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai khususnya bagi projek-projek yang telah siap seperti sekolah, hospital, klinik, balai polis serta jawatan yang secara langsung dapat menambah kutipan hasil negara.
Langkah penjimatan juga membabitkan larangan penyusunan semula organisasi kementerian, jabatan dan badan berkanun, kata Abdullah.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu dikecualikan jika penyusunan semula tersebut bertujuan memperkemaskan struktur organisasi tanpa melibatkan jawatan baru atau pengurangan bilangan pekerja.
Mengenai kursus, latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh kementerian dan agensi-agensi kerajaan untuk anggotanya, Perdana Menteri berkata, ia perlu dihadkan dan diadakan dengan menggunakan kemudahan sedia ada seperti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
“Penggunaan kemudahan hotel hanya dibenarkan bagi mesyuarat, persidangan, seminar dan bengkel berskala antarabangsa,” kata Abdullah. p/s:umno ada dewan sendirikan.persidangan umno tak kaco duit rakyatkan.guna duit umno kan.kan kan
Beliau menambah, penyewaan ruang pejabat baru atau tambahan, perpindahan ke bangunan lain serta pengubahsuaian pejabat sedia tidak dibenarkan.
Perdana Menteri menegaskan, pengawalan perbelanjaan juga membabitkan penangguhan ke atas pembelian aset termasuk kereta, perabot, komputer dan kelengkapan pejabat lain yang belum komited.
“Bagi aset sedia ada, kerja-kerja penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan secara optimum supaya menjimatkan tenaga dan mengurangkan perbelanjaan dalam tempoh jangka masa panjang.
“Perbelanjaan bagi bahan-bahan kecil keperluan pejabat termasuk bahan percetakan dan alat tulis hendaklah dikurangkan,” ujar beliau.
Abdullah juga mengingatkan sektor awam supaya mengehadkan majlis dan upacara keraian seperti pembukaan pejabat, persidangan atau mesyuarat, penyampaian hadiah serta perasmian bengkel.
Sekiranya perlu diadakan, beliau berkata, pegawai dan ketua jabatan harus memastikan majlis tersebut diadakan pada tahap yang sederhana dan tidak melibatkan perbelanjaan besar serta membazir.
“Perhiasan dan jamuan hendaklah pada tahap sederhana dan majlis seboleh-bolehnya dibuat menggunakan kemudahan sedia ada kerajaan.
“Bekalan pakaian seragam bagi majlis atau upacara pelancaran tidak dibenarkan dan pemberian cenderahati tidak digalakkan, tetapi sekiranya benar-benar perlu hendaklah dihadkan kepada buku, kraf tangan tempatan dan produk makanan tempatan,” katanya.
Beliau menambah:
“Tak payahlah buat kemeja khas semata-mata untuk dipakai pada hari perasmian, satu hari sahaja. Lepas itu, baju itu dah tak boleh dipakai lagi sebab ada tulis macam-macam dan disimpan untuk kenangan sahaja.”
**Aku mengharapkan penjimatan ini ada penjimatan yang betul2 telus dan terus terang.Tak nak hanya statement je. Tak abis2 kos efektif, jimat sana,jimat sini. Tapi sedar2, alamak, dah terugi berjuta2 lak. Erm, mana best macam tu. Harga barang tu pun tengok2 la sama ye.Jangan la pen sebatang rm0.60 di caj rm5 ke. Salam hormat YB..Zass.. Bak kata pepatah.. Walau macam mana pun negara ku, negara ku tetap negara ku.
06/10/2008 |
Posted by bihunx | Category Hal Ehwal Semasa
4 comments | Permalink |
Pakej penstrukturan semula subsidi petrol, diesel
Istilah baru untuk perkara lama.
06/06/2008 |
Posted by bihunx | Category Hal Ehwal Semasa
4 comments | Permalink |
Pak cik terlampau - Budak Jolai.3gp ?
GEMAS: Umurnya 52 tahun, tapi sanggup menjadi pelakon aksi seks bersama seorang gadis berusia 21 tahun menggunakan telefon bimbit dalam sebuah pondok dalam kebun getah di Felda Jelai 3 dekat sini, dipercayai bulan lalu, untuk simpanan peribadi.
Dia yang juga peneroka di Felda terbabit meminta bantuan seorang rakan berusia 21 tahun sebagai jurukamera serta pengarah merakam tiga adegan seksnya itu.
Bagaimanapun, tiga rakaman bertajuk ‘Budak Jolai’ itu tersebar meluas hingga ada penduduk membuat laporan polis kerana malu dengan perbuatan meloyakan peneroka terbabit.
Tiga rakaman berasingan yang keseluruhan mengambil masa kira-kira 10 minit itu memaparkan adegan jijik lelaki tua itu bersama pasangannya.
Apa yang mengejutkan, lelaki itu dikatakan
hanya membayar RM20 kepada wanita berkenaan untuk membeli kad prabayar telefon bimbit sebagai balasan melakukan zina.
Berdasarkan rakaman itu, ‘pengarah’ yang memanggil peneroka itu sebagai ‘pak cik’ memberi arahan kepada kedua-dua ‘pelakon’ terbabit supaya bergerak mengikut kemahuannya.
Pasangan itu tanpa segan silu melakukan pelbagai aksi, t
etapi wanita itu dikatakan mengeluh bosan kerana rakaman mengambil masa lama.
Menurut sumber, susulan laporan penduduk, anggota dari Balai Polis Gemas menahan dua pelakon utama rakaman lucah itu di rumah masing-masing di Felda Jelai 3 dan Felda Jelai 4 pada 26 Mei lalu.
“Mereka ditahan mengikut Seksyen 60 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar barangan lucah.
“Polis turut menahan seorang lelaki di Felda Jelai 3 yang bertindak selaku ‘pengarah’ rakaman lucah terbabit pada hari sama kerana merakam menggunakan telefon bimbit gambar pasangan dalam keadaan telanjang yang boleh mengaibkan seseorang,” katanya.
Menurutnya, ketika disoal siasat polis, peneroka itu mendakwa dia baru pertama kali melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.
“Justeru, saya meminta penduduk dan pengurusan Felda mengambil pendekatan segera dalam membendung masalah sosial di tempat mereka,” katanya.
**Adakah benar gadis itu bosan dengan rakaman yang lama atau bosan dengan pakcik tu.Aku tak tengok pun lagi video ni. Alahai, RM20 je?
Mengulas kes terbabit, Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang yang dihubungi mengesahkan penangkapan pelakon dan pemuda yang merakam adegan lucah berkenaan.
“Mereka sudah disoal siasat dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Seremban dan Mahkamah Syariah dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu, beberapa penduduk Felda Jelai yang ditemui kesal dengan perbuatan peneroka terbabit yang mencemarkan nama baik kawasan mereka.
“Kami terkejut dan tidak menyangka dia boleh melakukan perbuatan tidak senonoh seperti itu hingga menjadi buah mulut penduduk,” katanya.
Petrol harga pasaran? - Pengguna bagaimanapun akan terus nikmati subsidi - Yeke Datuk??
KUALA LUMPUR 3 Jun – Kerajaan berharap dapat menghapuskan kawalan harga petrol dan diesel pada masa depan bagi membolehkan bahan bakar itu
dijual di stesen-stesen minyak di negara ini mengikut harga pasaran.
Bagaimanapun, dalam melaksanakannya, kerajaan akan tetap memastikan para pengguna terus menerima subsidi tetapi bukan menggunakan mekanisme yang diamalkan sekarang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menegaskan, di bawah mekanisme baru subsidi itu akan berlaku
kenaikan harga minyak di negara ini selaras dengan harga di pasaran dunia sekarang.
“Tetapi semua pemilik kenderaan persendirian di negara ini masih lagi boleh menikmati subsidi,” kata Shahrir pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pembinaan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau menambah:
“Hanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan tidak layak mendapat subsidi minyak.”
Bentuk pemberian subsidi itu, ujar beliau, mungkin berbeza mengikut individu.
“Sebagai contoh, mereka yang menggunakan
kenderaan yang mahal mungkin akan mendapat subsidi yang lebih rendah berbanding yang menggunakan kereta kecil.
“Inilah yang kita cuba tentukan dalam mekanisme subsidi minyak yang akan diumumkan nanti,’’ kata beliau.
Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga
subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.
Sambil membayangkan kenaikan harga petrol dan diesel bagi mencerminkan realiti harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, Shahrir menjelaskan, mekanisme pemberian subsidi bahan api yang akan dilaksanakan Ogos ini
mungkin akan diberikan sama ada dalam
bentuk kuota atau secara tunai.
Beliau memberitahu, pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok mengenai subsidi minyak merupakan langkah pertama ke arah penstrukturan skim subsidi bahan bakar itu.
Bagaimanapun, Shahrir berkata, kenaikan harga minyak tidak akan berkuat kuasa serta-merta seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Sementara itu, penetapan
had bulanan tertentu penggunaan petrol dan diesel subsidi berdasarkan pendapatan dan jenis kenderaan pengguna adalah antara
cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom, antara syor yang dipertimbangkan ialah memberikan
subsidi minyak kepada pengguna hanya dalam jumlah tertentu.
Katanya, selepas melepasi had penggunaan minyak bersubsidi yang ditetapkan, jika seseorang ingin membeli minyak lagi, mereka perlu
membayar petrol atau diesel yang dibeli pada harga pasaran iaitu
harga tanpa subsidi.
“Sebagai contoh, jika seorang pengguna yang
dibenarkan membeli 100 liter minyak bersubsidi setiap bulan telah melepasi had itu, dia perlu membayar
harga normal bagi setiap liter tambahan petrol dan diesel yang dibelinya,” kata Mohd. Zain kepada Utusan Malaysia.
Beliau memberitahu, setakat ini
syor itu masih di peringkat pertimbangan. “Jumlah minyak bersubsidi yang dirancang untuk diberikan kepada pengguna masih belum muktamad dan kadarnya tidak semestinya dinikmati oleh semua pihak,” katanya.
Mohd. Zain berkata, setiap pengguna berkemungkinan akan dibekalkan dengan
sekeping kad khas yang menetapkan jumlah minyak bersubsidi yang layak dinikmatinya setiap bulan.
Kad itu boleh digunakan untuk membeli bahan api di stesen-stesen minyak tetapi harga minyak yang dijual dirancang ditetapkan mengikut harga pasaran peringkat global.
“Contohnya, jika harga petrol pada masa itu bernilai RM3 seliter, pemilik kenderaan dari luar Malaysia akan membelinya pada harga itu, tetapi rakyat tempatan yang layak boleh membeli jumlah tertentu petrol pada harga subsidi.
“Sekiranya mereka telah melebihi had penggunaan subsidi yang dibenarkan, mereka perlu membayar petrol dan diesel mengikut harga pasaran,” katanya.
Cadangan lain yang sedang diberikan pertimbangan oleh kerajaan adalah untuk menarik balik diesel bersubsidi kepada nelayan dan digantikan dengan baucer atau wang tunai untuk membeli minyak.
“Langkah ini difikirkan sesuai dilaksanakan memandangkan kerajaan menerima terlalu banyak aduan berkaitan penyalahgunaan diesel bersubsidi,” kata Mohd. Zain.
Mengikut perbincangan awal, terpulang kepada nelayan untuk menggunakan wang tunai subsidi diesel yang akan diberikan itu.
“Kalau nelayan tidak mahu menggunakan wang itu untuk membeli minyak, itu terpulanglah pada diri masing-masing, namun ini semua masih dalam peringkat perancangan,” ujar beliau.
06/04/2008 |
Posted by bihunx | Category Hal Ehwal Semasa
4 comments | Permalink |