Skip to main content.

Archives

This is the archive for June 2008

Sooo.. Looonggg...

Hello, so long no update. So bz lately, dengan kerja yang sekarang aku rasa aku dah memberi komitmen sepenuhnya. Sampai ke malam ada projek yang best. Strategi untuk menaikkan ranking blog aku pulak menjadi sebab Budak Jolai.3gp yang aku masukkan dalam pos aku dan aku tak kecewakan mereka yang termasuk ke sini untuk download dari rapidshare.

Aku sekarang tengah pending cash out duit dari buxto aku ni. USD$100. So, aku akan berkira-kira berapa lama yang akan diambil sebab dari pengalaman aku, untuk USD$140, aku terima besoknya. Tapi sebab aku mohon pada hari sabtu. Diorang ni bekerja hanya isnin sampai jumaat je. Jadi aku kena countdown sampai ke isnin. Adakah sepantas dahulu atau tidak. Kalau dikira2 aku dah terima USD$151 then, kalau campur ini USD$251. Aku harap aku dapat mencapai macam members malaysia yang lain. Mencapai sampai USD$2000

Bux.to Debit Card

Tak tercapai aku nak tangkap gambar kad kredit aku yang dah 3 bulan dalam wallet aku. Malu la nak tangkap gambar kat opis. Balik umah lak, ada aktiviti lain. Ini la kad yang pernah mengandungi USD$140 dari Bux.to aku. Nanti bakal di tambahkan lagi duit.

Aku Sekarang di Nilai..

Satu perhimpunan kepada mereka yang gagal exam jabatan telah diadakan untuk memberi panduan dan nasihat agar mereka ini tidak gagal lagi. Ini kerana sekali anda gagal tidak bermakna anda tidak akan gagal lagi. Sebagai tanda penghargaan ke atas jemputan mereka, maka aku dengan penuh berbesar hati menyahut cabaran tersebut dengan terbang ke Nilai, bersama teman seperjuangan dengan dihantar oleh Syg. Terima kasih, nanti jemput lak ye. Sory, minyak kereta lupa nak bubuh bagi full. Walaupun minyak mahal. Takpe tak kisah.
Nak masuk ke dalam AirBus
Rupanya penerbangan kali ini adalah dengan menaiki sejibik Airbus. Yang agak besar dengan kapasiti penumpang sebanyak berapa hentah. Dengan kedudukan kerusi 2-4-2 seperti susunan formasi bola sepak. Aku mendapat kerusi di 33H iaitu dikerusi kapel tapi tak tepi tingkap. Tak dapat nak main gayat2 tengok bumbung rumah orang.

Setelah beberapa belas minit diatas awan. Maka waktu makan adalah dinanti. Ye, diorang sendiri cakap enjoy your lunch. Aku di tanya nak Asian or Western. Asian just bread, tapi Western with Salad. Aku terbayang salad yang agak best aku naik dalam awal tahun 2008. So amik la western.

Namun yang mengejutkan aku bahawa, aku mendapat roti gardenia (aku tak rasa Hi-5) tiga keping di susun macam sandwich, tapi diberi separuh. Kendian ada kek, dan salad yang kandungan bawang lebih 70%. Amat tidak mengenyangkan. Erm, 5 star service. Tak best langsung. Turun fligt terpaksa makan lagi kat kedai mamak.
Salad dia
Bread kunun..
Aku masuk awal
Ini yang paling best..
Sebagai pengubat rasa tak best. Maka akademi aku yang best. Bilik macam hotel. Semua lengkap. Best2.. macam besikal..

Perempuan 'Complicated'? Atau lelaki ?

Erm, aku terpikirkan perkara ini dah lama dah. Sebab sejak aku akil baligh (kiranya tahap matang pemikiran) aku terfikir adakah betul perempuan ni komplikated? Sebab di TV banyak bincangkan perkata tentang Adam & Hawa ini. Kebanyakkan diskusi tidak melibatkan orang ramai just 2-3 orang panel dan pengacara yang agak bias. Mungkin kot. Aku sendiri tak ingat. Sekarang aku nak lontarkan pendapat aku. Bagi aku Lelaki Yang 'Complicated'. Ye memang benar, amat susah untuk difahami. Tulisan ini bukan sebab ada tekanan dari pihak perempuan. Tetapi dari pandangan aku sahaja. Ini antara penemuan yang aku dapat setelah berhari2 keluar dating dan teman Syg shopping.

1. Lelaki komplikated sebab susah nak faham apa yang perempuan nak. Perempuan bila beli kasut dan handbag. Oh, amat memeritkan kepada lelaki. Mau tak nye, kejap Bonia, kendian Sembonia, dah tu test lak Crocodile, Carolina dan ntah ape2 lagi. Then, pergi balik tempat yang sama. Ini tinggi sangat, ini rendah sangat, kaki tak selesa, cepat kotor, ketat, tumit senang koyak, nampak macam orang tua dan macam lagi. If perempuan lain, mereka akan melayan dan tolong mencari. Sama2 komen.Kalau laki? Sure tak nak ikut, Just kata semua sama je. Komplikated kan laki ni. Susah tol nak paham perempuan.

2. Lelaki komplikated sebab kebanyakkan nak jaga penampilan. Tak nak orang salah tafsirkan walaupun pada hakikatnya sapa pun tak heran pun kat kau. Lantak kau la. Malu bawa payung. Takut orang kutuk. Sapa orang tu? Macam la public figure sangat sampai nak bawa payung pun malu. Pelik sungguh. Kalau jalan tak nak bawa beg, maksudnya beg kertas ke, beg plastik ke. Malu la. tak laki langsung. Atau jenis bawa beg, usung ke sana ke sini beg galas belakang pergi kelas tu. Tah ape diusung tak tahu la. Warna pink? Merah menyala. Erm sory tak nak pakai. Kang kata macam K********* lak. Tak campur lagi, keretanye. Mesti tunjuk ke jantanan. Pinjam kereta perempuan yang bear penuh pun, sanggup sorokkan. Memang komplikated. Selalu pk apa orang kata. Itu namanye perasan. Kau pun kalau jalan tak tengok orang sangat. Sama la orang pun.

3. Lelaki komplikated sebab suka ambil mudah semua perkara. Biarlah, tak pe lah, ok lah. So komplikated la tu, pikiran terlalu mudah dan malas nak amik kisah apa yang terjadi nanti. Orang pompuan sebenarnya susah nak paham dengan lelaki. Sebab seorang lelaki yang amik mudah adalah lelaki yang berpikir panjang. Memang jauh dia pk sampaikan dia givup terus. Malas nak pk lagi. Mesti terjadi gak apa yang dia taknak. Lantakla, duit tak cukup makan. Sekarang ada duit. Baik enjoy dulu. Nanti2 pk lain.

4. Ermm.. apa ye yang komplikated sangat? Nanti2 la aku update apa aku temui. Semuanya sebab aku sendiri yang komplited. Aku sendiri tak paham dengan diri aku. Aku pun tak tahu apakah makanan kebenaran aku. Apa feberet masakkan mak aku. Apa yang akan aku lakukan 5 tahun lagi. Semua aku tak tahu.

Ubah Cara Hidup

Yea.. bestnye harga minyak dah naik. Kerajaan dengan baik hatinya telah bersetuju untuk memberi diskaun sebanyak 30sen minyak pada harga pasaran. Wah, bagusnye kerajaan ni. Ini la kerajaan yang kita pilih. Oh menteri-menteri kabinet ku. Korang memang best. Amat prihatin kepada rakyat jelata. Proud To Be Malaysia. Dengan bodohnye semalam, semua berpusu-pusu isi minyak. Ye, isi minyak full tank sebab besoknye (hari ini) minyak akan naik mencanak kepada harga pasaran. Ingat minyak macam beli basikal ke? Beli beras ke? Simpan banyak2 tak meruap dan dapat tahan lama. Esok lusa beli juga. Bila Que tu, sikit2 jalan dan berapa minyak korang habiskan? Kereta auto ok la. Itu namanye kerja bodoh dan amat bangang sekali. Menyedapkan hati kononnye berjaya beli minyak dengan harga lama. Ello sedara, berapa lama minyak ko bertahan. Kalau memang minyak nak abis. Ok la.Hahha.. ini la Malaysia. Melatah, melenting. Opocot mak kau!! Minyak harga pasaran?Adakah minyak harga dunia? $125 setong. Minyak dah diselaraskan macam emas la pulak. Jadi, ini menunjukkan kita dah selangkah lagi ke depan. Sebab harga minyak kita ikut harga global. Minyak yang kita korek-korek kat bawah bumi hak milik kita tu. Kita jualkan kepada rakyat kita ni pada harga pasaran. Ini idea yang bernas. Encik Kerajaan kita juga akan memberikan subsidi secara tunai RM625 setahun untuk kenderaan macam aku dan tah berapa aku malas amik tahu. Jadi, dapat la aku beli LeVis baru.
Semalam paper Utusan pun agak menarik dengan pembandingan harga minyak. Aku tertarik dengan harga RM2.03 untuk Brunei. Erm, orang Brunei guna ringgit ke? gaji diorang pakai ringgit ke? Itu masalahnye. Apakah bodohnye diorang ni buat bandingan macam tu. Tapi untuk orang bodoh je percaya. Aku pun terpecaya. Bodohnye aku. Yelah, aku rakyat malaysia. KBSM,KBSR, SPM,PMR semua tu la mengacuankan aku untuk jadi rakyat Malaysia sejati.
Jadi, marilah kita UBAH CARA HIDUP. Yang pakai kereta tu, tukar la ke motosikal. Biar berhujan panas. Pada yang meniaga tu, bawa la barang niaga guna moto. Usung la macam mana pun. Naik kenderaan awam ke. Ini lebih jimat .Sebab sekarang nak selaraskan harga bas. Pada kawasan yang rural tu, tunggu je la bas tu, sejam sekali ke, dua jam sekali ke, kejap2 jam ada ke, tunggu je. Pada yang mampu, naik je teksi bermeter atau suka2 letak meter. Pada yang agak2 nak jimat lagi. Cari umah dekat dengan tempat kerja. Tak kisah la bersewa bilik ke. Jalan kaki atau naik basikal. Ini dapat mengubah cara hidup yang lebih sihat. Kereta pun kalau boleh jangan beli. Sebab kita demand minyak la harga naik. Jangan makan nasi, jangan guna gula, goreng jangan guna minyak masak. Sebab ikut teori diorang bijak pandai ni, sebab cara hidup kita la barang naik. Jangan demand sangat. Baru la harga barang tak naik. Bijak kan diorang ni. Pergi kerja pakai baju batik. tapi batik made in china. Industri batik kepala hotak!! hehe.. bye bye.

Minyak oh Minyak.. Ermm.. Alahai..

Wah,wah, Datuk Shahrir, bekas PAC kita yang lantang. Ada projek baru nampak. Erm, kawalan harga barang yang dalam rancangan masih dalam rancangan (tak silap la) tapi kawasalan harga minyak macam dah siap terancang? Ini buat teringan pada kisah seorang sahabat ni. Bapa pada kawan aku. Bapa dia ni seorang yang kedekut. Serius kedekut. Tapi bapa dia kaya. Dia tetap dapat elaun. Tapi elaun cukup makan je. Kalau nak, kena kerja la. Bapa dia kata, mana boleh dapat benda free. Semua kena usaha. Walaupun bapa kaya, tapi ini harga bapa. Kalau nak, ko kena usaha. Walau macam mana pun, sebabkan kita keluarga, setiap pendapatan ko tu kena bagi kata bapa. Yelah, masa ko kecik bapa dah berbelanja besarkan ko. Bapa dia ni ada kilang. Ye, kilang makanan. Jual kerepek2 je. So, kalau nak income lebih, dia akan kerja dengan bapa dia. Bapa dia kata lagi, ko tu takdak pengalaman, walaupun bangla ni bangla, tapi sebab dia rajin dan ada pengalaman (tah betul ke tak) bangla tu jadi mandur untuk bapa dia. Dia lak jadi bawah bapa dia. Yela, bangla ni ikut kata, tu bapa dia sayang sangat tu. Walaupun dia anak bapa dia, tapi bapa dia kata, kerepek tu tak boleh amik makan. Itu untuk bisnes, kalau nak, ko kena beli sendiri guna duit ko. Walaupun ini kilang bapa ko, tapi ko tetap kena beli ikut harga bapa jual. Kalau tak bapa akan rugi. Ye, kat umah bil letrik, air bapa bayar. So takkan bapa nak bayarkan lagi. Eh, bapa, tapi bapa makan sendiri takpe. Tapi bapa cakap memang la, bapa tak pe. Bapa bos, bapa ada elaun krepek sendiri. Jadi bapa boleh la makan sebab termaktub dalam elaun bapa. Ko tu jawatan kecil. kalau ko punya jawatan setaraf bangla tu. Boleh gak nikmati elaun krepek ni. Kesian kawan aku. Dia kata, malas nak makan krepek bapa dia lagi. Kedekut tol, sendiri keluarkan pun tak boleh makan. Anak sendiri ni. Bapa dia tetap suruh beli sendiri. Sebab menurut bapa dia, kerepek bapa dia ni berkualiti tinggi. Yelah, kesian kan dapat bapa yang kedekut. Tapi boleh lak bapa dia habiskan duit beribu2 buat bangunan entah apa2. Siap kena tipu lagi dengan kontaktor. Tapi bapa kool. Tapi kalau anak dia nak duit. Huh,melenting.