Memori Lawas
Tetiba teringat pula pengalaman aku naik MASWing dari Miri ke Lawas. Naik TwinOtter, kapal terbang ringan yang memuatkan 19 orang penumpang je dan beg 10kg setiap seorang. Kalau ikut syarat, beg dengan tuan-tuan beg kena timbang. Tapi sebab orang tak ramai. Maka masa chek in mereka tanya berat aku saja. Yelah, beg aku dah exceed 2kg. Dengan konfidennye aku cakap berat aku 60kg. Sayang terkejut berat aku seringan tu. Aku lagi la terkejut. Nasib baik pramugari itu tak terkejut. Maka terlepas la aku dengan beg aku ni. Mana mungkin 60kg. Berat aku sebenarnya 82 kot. Terpaksa aku menipu kang tak dapat naik ke, mampus la aku.

Dalam banyak2 kali aku terbang. Ini pertama kali aku terbang dengan pesawat ringan. Setiap kali dia naik ke turun ke, langgar awan ke itik ke, memang terasa. Dah tu, boleh pulak nampak apa pilot dua orang tu buat. Ini la pertama kali aku terasa pening, nak muntah dan gayat nak mampus. Perjalanan 45minit terasa macam 2j, masa itu juga aku terdetik untuk tak nak naik lagi benda ni. Dah la panas. Ada ke cuma kipas kecik je kat depan tue. Kerusi yang sempit mengalahkan van sapu.
05/03/08 |
Posted by bihunx | Category Jejalan
2 comments | Permalink |
Jalan-Jalan yang tak best!
Pernah tak terjadi sesuatu yg menyebabkan kegembiraan percutian menjadi kesan buruk dan menggila pada masa depan? Begitu la masa kami berdua dengan hepinye beli tikar sarawak. Tetapi bila pulang. Ada budak perempuan cina yang agak banyak (aku tidak perkauman - hanya dia antara rakyat Malaysia yang bangang) pergi melintas depan aku. Secara otomatik macam aku langgar dia. Ini la jejalan yang tak best. Kereta kecik yang baru bayar bulan pertama, servis pertama dan basuhan pertama, pecah dikiri. Pecah dara lagaknya. Tapi, oleh kerana enset aku yang bangang. Maka aku sempat tangkap gambar kereta empunya bangang ini. Huh..
Ini la kesannya. Aku terpaksa menapak ke tempat kerja dan naik bot ini kembali untuk melintas ke tempat kerja. Naik van sapu yang sememangnya berlagak nak mampus. Mudah sangat perkotak-katikkan aku yg tinggi ni.
05/02/08 |
Posted by bihunx | Category Jejalan
2 comments | Permalink |