Skip to main content.

PELAN JUTAWAN INTERNET Part.1

Ini adalah draf kertas kerja aku untuk menerbitkan e-book khas untuk memberi panduan kepada pengguna internet untuk menjadi kaya. Benda ini bukan rahsia dan benda ini jugak bukan asing lagi. Dengan cara ini, semua orang boleh kaya,semua orang sama-sama kaya dan hanya seorang yang paling kaya tak pun senang kaya. Aku bukan budak bisnes. Aku pun tak ingat sangat asas bisnes yang aku belajar dulu. So aku pun just buat je aku punya step2 mudah untuk kaya.

Pertama, nama websites atau branding yang akan digunakan. Macam sekarang siap ada nama Islam lagi. e-Jariah. Erm, mari kita beramal jariah. Maka mudah la orang masuk perangkap. Opss, jadi ahli. Untuk projek aku ni, aku namakan e-amal. Setakat aku semak kat whois e-amal.biz takdak. Macam bisneskan. Menarik tertarik debom ni. So, mari kita ber-amal dan meramal keuntungan.
Kedua, ape mekanisme (betul ke terma aku guna?) atau gerak kerja projek ini. Projek aku ni senang saje. Aku terpikirkan sistem piramid firaun. Aku akan cuba manipulasi sistem piramid ini agar yang paling atas sekali adalah aku dan akaun2 yang sememangnya milik aku walaupun nama lain. Seorang ahli mendaftar perlu buat transaksi rm30 je kat 5 akaun yang diberi. Itu adalah nama upline-upline dia. Bayaran adalah seperti ini.

RM5 - Aku
RM5 - Upline
RM5 - Upline
RM5 - Upline
RM10 - Up seseorang

Yang aku itu lah aku akan letak akaun2 aku. Dan yang pasti, aku takkan sesekali mis letak akaun aku. Upline pun akan aku tipu dengan ada nama aku. Tetapi kedudukan aku akan letak secara rawak. Setiap kali daftar baru masuk. Aku akan letakkan akaun aku dan konco2 aku.Maka secara senang ja aku akan dapat rm5. Untuk bagi semangat kepada ahli, rm10 akan dapat dari downline dia.

So, untuk dia dapatkan modal balik, dia perlu cari 3 orang bawahnya. dan aku akan dapat rm15 setiap rm30 dia dapat kembali. Jadi ini akan memberi semangat agar dia terus menerus carik orang banyak. Dan seterusnya. Aku? Aku bukan duduk senang lenang. Tapi aku akan pastikan sistem berjalan lancar. Aku jugak akan tambah baik projek aku agar ahli sentiasa rasa seperti ahli.

Oleh kerana aku jenis tak tamak. Pastinya aku takkan takut untuk letakkan rm100 sebagai hadiah kepada ahli2 yang bertuah. Atau sebanyak 10% keuntungan yang aku dapat aku akan bagi balik kepada ahli. Bukan ape. Piramid akan runtuh kalau base dia tak kukuh. Jadi nak kekal sampai mampus. Kena buat amal sikit. Ok, selamat beramal. Aku akan perbaiki sistem ini bila aku pergi berak (ini adalah peluang aku berfikir panjang) atau sebelum tido. Hahha..

Comments

actualy benda nih bagus gaks tapi tuk yg freshies laa.. kurang2 bleh generate income. tapi kalau yg join lastly then site closed. lu pikir la sendiri beb! actualy i think its good 4 da' first time runner.. in'it??

Posted by nche-NET at 11/20/2008 06:40:32 PM

Add Comment