Skip to main content.

Da Dinner D' Hilton

Walapun aku demam, tapi aku dengan semangat waja dan penuh perkasa memberanikan diri pergi dinner di Hilton. Ada ramas mesra pulak dengan Tan Sri. Pakaian Smart Casual. Apa kejadah tema tu. Aku pun pertama kali tahu wujudnye perkataan ini masa dinner sayang. Setelah aku buat kaji selidik, rupanya pakaian tidak formal tapi sopan. Erm, jadi pakai jelah kain pelekat ke, t-shirt langkawi ke, sopan pe bukan aku pakai seksi. Maka kajian demi kajian aku lakukan. Hek eleh, baju pergi kelas rupanya. Pakai la t-shirt, tapi berkolar. Seluar jeans sekarang dah tak boleh pakai dah. Dulu tak pe boleh. Sekarang PakLah tak bagi. Hehe… Takda yang best sangat dengan dinner tue. Just dengar la Tan Sri yang ngantok2 tak cukup tido berucap. Aku pun naik ngantok. Dia cakap, rajin2 la buka blog berkaitan kerja untuk memantapkan ilmu. Hah! Jadi, tak salah aku buka blog aku masa kerja. Sebab blog ini berkaitan aku. Dan aku berkerja. Maka berkaitan kerja aku. Bijaknya Bahasa Melayu aku. Ni sebab banyak makan cendol la ni.
alatan diner
Dinner ala-ala Chinese ni memang popular. Sebab ape aku tak tahu. Kekadang macam orang sakit je. Tawar je. Tambah teh dia bagi. Gula takde ke sedara? Kendian nak nyeksa aku. Yup, patut la senior aku tak nak bagi sudu dan garpu dia kat waitress tue. Rupanya ada agenda tersendiri. Aku pun silap pegi bagi lak. Yang chopstick aku tauk2 ni tak nak lak kutip. Tensen tol aku. Aku ke makan nasi goreng dalam mangkuk. Amik khailan guna chopstick. Menyesal aku tak belajar bersungguh2 dengan chopstick hadiah dari sayang tu. Membantutkan semangat makan aku sungguh. Air oren aku dari aku start duduk sampai aku nak balik tak pernah kurang. Penuh je. Tak larat aku abiskan, penuh balik. Penat aku minum. Kembung dengan oren je. Puaka tol. Kain nya cukup besar untuk aku buat lap muka.

Aktiviti makan tak berapa berselera sangat. Cian kat sayang. Sorang2 kat umah. Aku makan sedap2 sayang makan biasa2 je. Macam nak bungkuskan. Tapi kang tak terhabis lak kat umah. Aku paling lega sebab takda sesi karaok. Ada ke nak pedajal aku nyanyi kat depan tue. Kalau la aku kena. Akan aku amik lagu Intifada. Huh, dengki tol. Aku lega sekali kurang-kurang dapat makan dengan tenang.
sup ape tah
Ini sup yang aku tak sanggup tahu isi dia. Khabar angin katakan mentimun laut. Atau gamat. Erk, takkan kot. Buat sapu2 ok la.
ikan seabus
Waiter ni buat best dengan buang tulang ikan penuh bergaya. Video akan di upload nanti. Kami pun buat2 kagum, wow..wow. Rasa masin je. Mesti ikan airmasin ni. Seabus. Ape ke bahasa melayu dia, aku pun tak tau.
khailan
Last makanan. Takdak sape sentuh sangat pun. Aku pun tak makan sangat. Bukan ape. Aku suka khailan ni. Tapi sebab cuma tinggal chopstick je. Macam mana nak amik. Abis kotor tangan aku amik pakai tangan. Leceh tol la diorang ni. Tak konsider langsung terhadap anak melayu ni. Huh perjuangkan melayu sangat. Orang melayu nak makan pun susah. Hehehe.. sekian, wassalam. Dinner pada 5/5/08. Paris Hilton tak jumpa lak masa diorang hantar makanan. Dia tak kerja kot malam tu.

Comments

bagus tue, patut nye kena ade la sesi karok, baru leh dgr hang menyanyi...

Posted by farhan at 05/08/08 12:24:27

haha..aku ske cter ko..
semmmmpppooooooooooooooooooooiiiii....

Posted by ecah at 05/08/08 13:52:00

sempoooiiiiiiiii???? citer betul tue, tp lue punya cite, mesti kredit kat lu punya sayang....hahahha...no hal, layan jer...yg penting makan free...tak kesah la makan ape pun....mana pic kontroversi nie?
hahahhaha...dah aku sorokkan...

Posted by farhan at 05/08/08 14:27:36

kalau rasa sempoii.. layanzzz.. hehe.

Posted by bihunx at 05/09/08 07:16:13

layanzzz.....sowy la, aku letak music kat blog aku...ganggu ke? nanti aku delete kan...

Posted by farhan at 05/09/08 07:33:21

takdak.tak menjejaskan periuk nasik pun.hehe

Posted by bihunx at 05/09/08 16:10:42

Add Comment