Dibelasah pelanggan - Didakwa jual nasi, lauk mahal [Kosmo!]
Demikian cerita peniaga nasi campur, Abu Bakar Jaafar, 58, berhubung tindakan ganas seorang juruteknik yang membelasah dan memalukannya di depan khalayak di Pasar Malam Simpang di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu, isteri juruteknik terbabit dikatakan telah menengking sekuat hati kepada isterinya, Hamidah Omar selepas dua bungkus nasi campur yang dibeli wanita itu dimaklumkan harganya.
"Wanita berkenaan bertanyakan berapakah harga nasi bungkus pertama yang mengandungi empat cedok sambal tumis petai dan seketul ikan masak kari. Pada masa sama, wanita itu mula mengisi nasi dalam pek kedua dan mencedok sambal kerang yang bukan sedikit kuantitinya.
"Isteri saya kemudiannya memaklumkan harga bagi dua bungkus nasi berserta lauk-pauk yang dibungkus itu adalah RM7 namun apa yang mengejutkan, wanita terbabit serta-merta menengking ke arah saya dan isteri," dakwanya ketika ditemui di wad Hospital Taiping semalam.

Beliau memberitahu, wanita terbabit terus beredar ke keretanya dengan meninggalkan nasi yang sudah bercampur lauk di gerainya.
"Terkilan dengan tindakan kurang sopan dan memalukan dek kata-kata kesat isteri juruteknik itu, saya terus berjumpa dengan suaminya kebetulan berada di gerai menjual buah berdekatan untuk menerangkan keadaan sebenar.
"Saya cuma maklumkan bahawa isterinya tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian apatah lagi di depan orang ramai namun tiba-tiba juruteknik berkenaan mencekak kolar baju saya. Dia terus membelasah dan menolak saya menyebabkan jari kelingking saya patah selain kecederaan lain di tangan," katanya.

**Erm, yelah, dulu barang naik sekilo 30posen, jadi sepinggan naik 50posen, ini menghimpit atau dihimpit? Macam kes minyak naik dulu. Tetiba air milo ais jadi rm3 pun ada. Kepala hotak dia. Tapi tak patut la pukul2 orang kan. Cuma sebagai peniaga Islam tu, harap bukan saja sediakan makanan yang halal tapi cuba2 lah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal juga. Sebab jangan sampai tertindas bangsa dan agama sendiri untuk mengaut keuntungan lebih. Jadi, hentikan keganasan.Zasss...
Posted 05/16/08 by bihunx | Filed under: Hal Ehwal Semasa



Comments
Add Comment