Skip to main content.

Ibu pejabat DAP Perak dilontar bom petrol [Utusan]

IPOH 15 Mei - Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.
Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

Kejadian bermotif politik
IPOH 15 Mei - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menganggap perbuatan melontar bom petrol di ibu pejabat parti itu di Bandar Ipoh Raya di sini, awal pagi ini, sebagai bermotif politik.
"Ia merupakan satu cubaan untuk membakar pejabat DAP yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang ada unsur khianat kepada parti,” katanya ketika melawat pejabat itu pagi ini.

Alahai, main bom2 lak sekarang ni.Macam2 hal dah ni.

Comments

No comments yet

Add Comment