Skip to main content.

Imam kerugian ditipu lelaki

KANGAR 22 Mei - Imam Masjid Negeri Arau dekat sini, Muridi Mohammad mendakwa ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil sebuah stesen televisyen berbayar menyebabkannya kerugian wang tunai, Selasa lalu.
Muridi, 42, mendakwa beliau menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 1.15 petang 20 Mei lalu yang menyatakan kad SIMnya telah memenangi wang tunai berjumlah RM14,000.
Menurutnya, akibat teruja dengan kemenangan itu, dia telah menghubungi stesen televisyen berkenaan menerusi nombor telefon daripada SMS berkenaan.
"Seorang lelaki menjawab panggilan saya dan dia memperkenalkan diri sebagai wakil stesen televisyen itu.
"Lelaki itu menyatakan bahawa saya telah memenangi wang tunai sebanyak RM14,000 dan meminta nombor akaun bank simpanan saya untuk memasukkan wang yang dimenangi itu," katanya.
Muridi berkata, beliau telah memberikan nombor akaunnya kepada lelaki berkenaan dan kemudian lelaki itu menyuruhnya memeriksa akaunnya kerana wang yang dimenanginya itu telah dimasukkan ke akaunnya.
"Sejam kemudian, saya memeriksa akaun saya di mesin ATM dan mendapati tiada wang sejumlah itu dimasukkan sebaliknya duit simpanan saya dalam akaun sebanyak RM240 telah lesap.
"Sehubungan itu saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kerana berasa telah ditipu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muridi juga kesal dengan bank tempatan berkenaan yang tidak menyediakan sistem keselamatan yang baik terhadap akaun pelanggan sehingga boleh diceroboh masuk dengan mudah oleh pihak-pihak tertentu.
Sehubungan itu, Muridi berharap pihak berkenaan bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu termasuk mengembalikan wang simpanannya di bank berkenaan.


**Ghairah kerana wang. Ini adalah salah satu indon menipu ni.Tak pun Malaysia sendiri ni.Aku tak rasa salah pihak bank yang mempunyai keselamatan yang ketat. Padahal salah sendiri. Sebab, banyak kes macam ni. Dengan tak tahu menahu nye, penyangak ni akan suruh diorang activate diorang punya bank online. Dengan tak tahu ape satu ni, akan ikut arahan melalui telefon, untuk activate kan di ATM mesin. Pendidikan la yang penting dalam hal ini. Buat iklan kat tv pasal internet online.Macam mana nak buat. Macam mana nak tahu penipuan. Sistem bank tak dapat diceroboh dengan mudah. Just like phishing. Terang2 web tu tulis theinternetonline.com/maybank bukan nye maybank2u.com.my so kenapa pergi percaya? Clone sites memang senang. Jadi, kena bijak la sikit. Dan pada yang rasa diri dah cukup bijak tu, tolong2 la bantu mereka yang tak berapa tahu ini untuk tahu. Jangan la buat iklan macam semua orang Malaysia ni tahu. Main peranan sikit. Kes penipuan ini bukan terpencil. Macam kes bangangnye bagi maklumat kad kredit then terus kena tipu. Hak kita bersama untuk mengelakkan benda ini berulang. Zass..

Comments

OgF1fN <a href="http://qjknhxukimkv.com/">qjknhxukimkv</a>, [url=http://tkevtzstxuow.com/]tkevtzstxuow[/url], [link=http://yunbiwqjuvpo.com/]yunbiwqjuvpo[/link], http://bsovivwsbxtl.com/

Posted by jLLNDYGwm at 10/25/2008 11:18:03 AM

Add Comment