Skip to main content.

Kami Planning Kawin..

Planning memang best. Percaturan atas kertas semestinya boleh menang. Macam bola sepak. Tetiba Penang menang 4-2 dengan Selangor. Itu kisah lama. Dulu zaman Marzagua tidak dianggap bangla di KOMTAR pun Penang dah menang. Kami pun sama. Planning nak kahwin lepas raya. Akad nikah dulu. Buat macam tunang hari tu. Lepas raya tunang jarak jauh. Sesambil tengok angkawasan ke buang ke langit, masa itu jugak aku ditunangkan. Aku sekadar pos duit saja. Kini kami planning nak kahwin. Namun, banyak sangat halangan setelah dikaji semula. Leceh sungguh. Maka, rancangan yang lain terpaksa dibubarkan macam nak anak berapa, nanti anak nak hantar ke KEMAS atau PASTI. Yang pasti, semua dijemput ke kenduri aku. Siapa cepat dia dapat makan sebab limited je lauk pauknye. Nanti maklumat terkini akan dilaporkan di sini. Sayang, kita kahwin lari je lah. Dah memang jauh ni, bermarhalah sangat dah ni. Oh mak, kenapa tidak video conference je pernikahan kami di sini. Sama juga.

Comments

boleh plak video conference nak nikah..hehe..moden style

Posted by deennasour at 05/03/08 08:15:35

Add Comment