Skip to main content.

Panggilan santau karut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh
KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.
Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.
Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.
Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.

Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.
Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.


Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.

Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya.

**Kebodohan seseorang bukan terletak kepada jawatannye, pada keputusan peperiksaannye atau pada sijil yang diterimanye.. tapi kebodohan seseorang terletak pada betapa bodohnye dia menilai sesuatu, betapa bodohnye dia bertindak sesuatu dan betapa bodohnye dia mempercayai sesuatu. Jadi marilah kita sama-sama tidak melibatkan diri dengan perkara yang membuatkan kita terjebak dalam kebodohan.Sedikit kebodohan boleh membawa padah. Sedikit kebodohan boleh mebawa merana. Merosakkan akhlak, mencacatkan minda. So, setiap input yang diterima perlu dinilai. Bukan untuk terus melatah. Salam hormat.. Zasss..**

Comments

A-KUM SEBAGAI PERMULAAN AKU NAK KASI TAU KAU YANG MENDE2 NI BUKAN KARUT TETAPI BENAR.KALO TAK PECAYA CUBA KAU BUKA KEDAI APA2 KAT KAW HULU LANGAT SELANGOR TANPA ILMU PENDINDING,HUH SEMESTINYA GULUNG TIKAR DAN SILAP2 KO2 SEKALI KENE MAROBUKA.KAT KAW. NI ILMU KHURAFAT MENGALAHKAN INTERNET WAYERLESS TAU,MAK AKU BARU BUKA BUSSINESS PON KENE LETAK HANTU KAT OFFICE MAK AKU.DAN UNTUK MAKLUMAN KO,PENGHANTAR DIA MEMANG WARAK,PAKAI TUDUNG LABUH.AKAN TETAPI KO BHATI HATILAH DI DUNIA SEMENTARA NI.AKU BUKAN KATA ALLAH TIADA KUASA BUT KALO ORANG NAK BUAT KO, TERUS JADI PUNYE TAPI KALO KO DIBUAT ORANG KO TAK BERDOSA MANAKALA KALO KO BUAT SYIRIK KAT ORANG PAHAM PAHAMLAH..STAY TUNED

Posted by NAZA 372 at 05/19/2008 01:37:16 AM

seperti aku tengok dalam al-kuliyyah.bila kena rasuk. pegi jumpa bomoh. bomoh bagi tangkal, terus tak kena. bila tak pakai. kena rasuk balik. Itu la setan perbodohkan kita agar percaya pada benda ni. Aku pun tak nafikan pasal ilmu setan ni. Sebab dari pengalaman aku sendiri. Macam mana tah sape dengki main2 santau lak. 3 minggu muntah darah. Guna pendinding cara Islam bukan pendinding pun setan jugak. Sama la. Satu geng...
p/s:aku pernah terbaca seseorang bagitahu, VIRUS ADALAH JIN SEMATA-MATA

Posted by bihunx at 05/20/2008 08:14:03 AM

Tiada yg lebih berkuasa Melainkan Allah S.W.T dan sehebat manapun kuasa atau ilmu seseorng tu, tidak boleh juga melawan kuasa Tuhan. Sesungguhnya yg mengamalkan ilmu hitam tu adalah org yg bertuhankan SYAITAN!!!!!

Posted by AKU at 05/27/2008 12:13:23 PM

Add Comment