Shafie: Tidak wajar anggap Dr. M ‘duri dalam daging’ [Utusan]
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana sumbangan bekas Presiden UMNO itu kepada parti sungguh besar dan beliau juga banyak berjasa kepada pembangunan negara.
“Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan kerana Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Perkara ini memang tidak boleh kita nafikan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan Dr. Mahathir meninggalkan parti bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.
Walapun mengakui sedih dengan tindakan beliau (Tun) itu, Musa melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti.
Dalam pada itu, Mohd. Shafie (BN-Semporna) turut menegaskan, ahli-ahli Parlimen Sabah tidak akan mengikut jejak langkah Dr. Mahathir sebaliknya terus setia bersama UMNO.
‘‘Wakil rakyat dari Sabah cuma menyatakan rasa tidak puas hati mereka mngenai pembangunan di negeri berkenaan yang agak ketinggalan dan bukannya berniat untuk melompat parti,” katanya.
**Musa Hitam dulu TPM bawah Dr.M? Jadi wajarkah Musa Hitam buat statement macam tu? Memang Dr.M agak sinis mengkritik Pak Lah. Dalam blog chedet pun lebih ke arah sebuat kerajaan Abdullah. Bukannye kerajaan BN yang beliau teraju sejak dulu lagi. Apa yang bagi aku menarik tentang keratan akhbar ni adalah. Politik ini bagaikan suatu perkara yang bila kita buat baik, kita akan dipuji untuk suatu tempoh saje. Bila kita di atas, kita diampu sampaikan melayang2 badan ni. Tapi, bila kita tiada ape2. Bila kita sudah tiada sengat. Jangankan tegur, cuit bahu sikit pun dah dianggap derhaka.Dan sekarang ni, apa yang selalu diperkatakan oleh Tun Dr.M adalah betul. Melayu yang mudah lupa tu adalah melayu2 yang dibawahnya dulu.hehehe.. jangan marah ar.. ini blog just pandangan yang terlintas difikiran.
Posted 05/21/2008 by bihunx | Filed under: Hal Ehwal Semasa



Comments
Add Comment